BAB 12

4.2K 438 39
                                    

Selesai menguruskan perihal kemasukan Miyako ke dalam Akademi Tempur Esfahan, Kirito meminta izin ayah angkatnya supaya menetapkan si gadis musang sekelas dengan jejaka bermata merah itu. Ibuki akur saja dengan kehendak Kirito memandang dari segi kekuatan si gadis musang itu masih belum dapat menyeimbangkannya.

"Kirito!" Bisik Miyako perlahan apabila mereka menjadi tumpuan di pagi hari.

Kirito jeling sekilas Miyako yang berada di belakangnya. Bukannya dia tidak perasan dengan mata-mata pelajar di Akademi itu. Hanya saja dia malas mahu memperbesarkan masalah lagi. Biarlah apa kata orang janji hati dia bahagia.

"Kenapa?" Soal Kirito tenang.

"Kenapa mereka.. Umm," Genggaman pada tangan Kirito dieratkan lagi. Malu hendak bersuara apabila dia dijadikan perhatian oleh pelajar di Akademi.

Seakan memahami arah bicara si gadis musang, Kirito sengaja menarik Miyako lebih dekat dengannya. Bahu Miyako dirangkul.

"Biarlah mereka. Abaikan je." Bisik Kirito di telinga gadis itu.

Miyako akur. Sejujurnya ini kali pertama dia bersemuka dengan ramai manusia di Esfahan. Jika dulu ketika masih kecil lagi dia telah pun dilarang keras oleh ayahnya supaya jangan keluar dari kawasan perkampungan. Kerana kata ayahnya, di luar kawasan perkampungan mereka terdapat banyak bahaya yang boleh meragut nyawanya.

"Ba—baik,"Gagap si gadis dan dalam masa yang sama dia malu duduk serapat ini dengan Kirito.

Kirito tersengih. Setelah mereka menaiki tangga untuk ke tingkat atas, pintu kelasnya di ketuk sediki kuat.

"Cikgu, saya bawa pelajar baru!" Ujarnya apabila telah terlihat ada guru di dalam kelas.

"Sila kenalkan diri kamu," Arah guru yang sedang mengajar.

Miyako tersentak. Perasaan takut menyerbu jiwanya. Dalam masa yang sama juga malu datang bertandang.

"Dia Miyako Sasaki." Ujar Kirito tenang. Seakan memahami kondisi Miyako yang sememangnya pemalu.

"Adik kau ke Kirito?" Soal salah seorang rakan sekelas Kirito.

Si jejaka bermata merah terdiam seketika sebelum bersuara.

"Terpulang kau nak anggap macam mana. " Jawab dia tenang lalu berjalan ke arah mejanya. Miyako pula ditempatkan bersebelahan dengan seorang pelajar perempuan berambut merah jambu.

"Awek kau ke?" Soal Noaki mengusik.

Kirito diam. Makin dilayan makin suka menyakat sahabatnya itu.

"Eleh, tak nak mengaku pulak." Cebik Noaki di sebelah.

.

.
.
.
.

Dalam pada masa yang sama, di sebuah bangunan tidak jauh dari blok pelajar Akademi Tempur Esfahan, susuk figura seorang lelaki tersenyum sinis terlihat. Lingkaran magic yang terukir dari darah pada lantai simen ditatap lama. Keadaan tika itu sepi. Tiada seorang pun pelajar di kawasan bangunan itu.

Lingkaran magic tadi bercahaya terang. Dari dalam lingkaran magic yang bercahaya tadi pula, muncul susuk bertanduk hitam sambil menyeringai lebar. Dia tertawa besar apabila yang menyeru dirinya adalah seorang manusia. Anehnya tawa susuk bertanduk itu tidak didengari sesiapapun di Akademi.

"Apa hajat mu duhai penyeru diriku?" Soal si syaitan yang penuh akan muslihat.

Figura lelaki tadi tertawa kecil. Gembira kerana percubaannya kali ini berjaya menyeru susuk seorang syaitan yang gagah perkasa.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now