BAB 21

4.3K 382 25
                                    

Kirito merenung lama kerosakan yang terjadi ketika kemunculan raksasa tadi. Dia mengetuk dagu sambil berfikir. Lalu matanya melihat pula seraut wajah Ichiro di sebelah. Lelaki itu merenung jauh padang pasir di hadapan.

"Aku nak pergi hutan dekat hujung bandar sana," Ujar Kirito perlahan.

"Baik Tuanku," Pendek jawapan Ichiro.

"Kirito! Kirito! Awak!" Panggil Miyako yang berlari mendekat dia. Kirito yang baru saja ingin beredar memberhentikan langkahnya.

"Kenapa?" Kening Kirito terjungkit.

"Apa yang jadi sebenarnya?" Soal Kamachi yang turut sama berlari ke arahnya.

"Aku tak tahu, ni baru nak pergi pantau dekat sana." Tenang balasan Kirito.

Sepi. Tiada suara lain yang mencelah selepas itu. Melihat ke wajah yang masih keliru itu, membuatkan Kirito tersenyum sendiri.

"Shiki!" Pekik Kirito kuat. Mengejutkan rakan-rakannya yang lain.

GROUUUUUH

Dari atas langit, muncul seekor naga berkulit hitam bersama kristal ungu di dadanya. Dia mengaum kuat. Memecahkan susana hening yang melanda. Sekaligus menunjukkan bertapa berkuasanya dia di atas langit sana. Sayap yang sememangnya lebar terlihat membela angin malam.

Lezabel tersentak mendengar ngauman itu. Tubuhnya kaku, lututnya melemah. Menyebabkan badannya menunduk seakan sedang tunduk di hadapan seorang raja. Matanya terlihat menggigil apabila mendengar sekali lagi Shiki mengaum.

"Lezabel? Kau Okey tak ni?" Soal Kyoji hairan.

Lambat-lambat Lezabel mengangguk. Suaranya seakan tidak terkeluar ketika itu.

Kirito di hadapan mereka tersenyum saja. Dia melompat ke atas badan Shiki lalu beredar dari situ menuju ke hutan yang berada di hujung bandar.

"Ngauman tu.." Bisik Lezabel.

"Kenapa dengan naga tu?" Soal Kamachi hairan. Masih tidak menangkap kehadiran Shiki.

"Raja Naga," Ujar si gadis naga perlahan.

.
.
.
.
.

" Kirito aku dapat rasa kuasa asing dekat dengan hutan tu," Ujar Shiki melalui minda.

Kirito di atas kepalanya mengangguk, menyetujui kata-kata si naga. Hampir saja mereka mendekati hutan yang dimaksudkan tadi, tiba-tiba saja ada serangan dari bawah. Beberapa bola berwarna hijau dan berbau busuk terbang ke arah mereka.

"Shiki elak!" Bebola yang berlendir ditatap tajam.

Shiki akur. Sayapnya di kibas untuk mengelak daripada terkena bola berbahaya itu. Tetapi sayang, sayap kanannya terkena lendiran aneh daripada bebola hijau tadi. Shiki ketap bibir. Lendiran itu seakan asid yang menghakis.

"Kirito aku tak boleh pergi dekat. Sayap aku!" Adu Shiki.

"Kita balik," Mata Kirito sempat menjeling ke bawah. Anak mata merah itu bercahaya malap.

Di dalam hutan pula, seorang kanak-kanak tertawa riang. Suka melihat serangan daripada susuk seekor raksasa terhadap seorang manusia di atas sana.

"Una sana-sana. Hahaha..,"

"Eh, Una kiri sikit.. Haa kiri tu. Yeay! Dorang pergi juga akhirnya!" Dia bersorak riang sambil bertepuk tampar dengan raksasa di sebelahnya.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now