BAB 14

3.8K 411 30
                                    

Di atas langit Esfahan, senja sudah melabuhkan tirainya manakala dibawa langut yang kian bertukar warna ada Kirito dan Miyako sedang berjalan sambil berpegangan tangan. Senyuman kegembiraan terpamer di wajah si gadis.

"Aku akan jaga kau sampai bila-bila," Bisik Kirito.

Di belakang pasangan itu terlihat Ichiro sedang terapung-apung. Wajahnya menghijau melihat kemesraan sang raja. Terasa isi perutnya bergelora seperti ingin melangkah keluar.

"Oh, Tuhan nak muntah aku dibuatnya," Ichiro tekup mulut.

"Jom balik," Portal berwarna ungu gelap muncul di hadapan mereka bertiga.

Sampai di hadapan rumah Kirito riak wajah Ichiro sekali lagi berubah. Hidungnya mencium bau seseorang yang tidak asing lagi baginya.

"Alessandro..., " Gumam lelaki itu.

"Dia dah lama mati," Ujar Kirito setelah mengarahkan Miyako pergi ke biliknya.

Ichiro tersentak hebat. Sahabat baiknya! Sahabat yang selalu berada di barisan hadapan bersama dia ketika perang dahulu. Sahabat yang juga selalu ada dalam susah mahupun senang itu kini sudah tiada. Ichiro menundukkan kepalanya.

"Tapi macam mana?" Tubuh lelaki itu perlahan-lahan berubah kepada susuk tubuh manusia. Tiada lagi struktur tubuh roh syaitan.

"Dia mati kerana umur. Bau yang kau hidu tu bau anak dia. Sebijik kan?" Kirito tersenyum kelat. Dia tahu persahabatan Ichiro dan Alessandro bagaimana.

"Anak? Dia dah kahwin? What! Amazing!" Jerit Ichiro teruja. Raut wajahnya terlihat begitu terkejut sekali.

"Kenapa kau teruja sangat?" Soal Kirito hairan.

"Selama aku kenal dia laki itu jenis hati batu. Tapi tak sangka boleh kahwin dengan dapat anak sorang." Ichiro tertawa besar.

"Kirito," Panggilan seseorang menamatkan tawa teruja Ichiro.

Shiki datang bersama wajah gusar.

Kirito angkat kening saja. Malas mahu bersuara.

"Bahagian Barat Esfahan, aku dapat rasa tekanan kuasa kegelapan tengah menuju ke istana."

Raut wajah Kirito berubah. Kepalanya menoleh ke belakang sekaligus membangkit kuasanya. Pentagram kegelapan muncul di bawah lelaki itu.

"Syaitan?" Bisik Kirito. Anak matanya yang juga mempunyai pentagram seakan mampu menembusi apa saja halangan yang ada di hadapan.

Di dalam rumah Kyoji, Kamachi, Zenith, Miyako dan Lezabel terduduk menahan tekanan kuasa kegelapan yang berpunca daripada Kirito. Malah ke semua mereka tidak mampu bernafas dengan baik setelah menerima kejutan kuasa itu.

"Aku hantar klon aku untuk berunding," Tubuh Kirito bercahaya lalu tubuhnya terbahagi dua bentuk tetapi rupa yang berbeza.

"Pergi!" Arahnya. Susuk klon akur kemudian hilang begitu saja.

Di sebelah, Ichiro bersiul kagum. Setelah sekian lama tidak melihat kekuatan si raja, tengok sekejap pun dah meremang bulu roma.

"Jom masuk,"

Sampai di anak tangga rumah, Ichiro terpaku apabila matanya bertentangan dengan Zenith. Aura lelaki itu sememangnya menggambarkan seorang Alessandro. Dia tersenyum kecil. Zenith yang pendek sedikit darinya diusap kepalanya.

"Alololo, cutenye budak ni. Nama apa? Umur berapa? Oh God, gebunya kulit budak ni." Kedua pipi Zenith dicubit lalu diusap seperti anak kecil.

Zenith yang diperlukan sebegitu ketap bibir rapat. Riaknya jelas memaparkan ketidaksukaan.

"Lepaslah! Kau ni siapa?" Tubuh tinggi Ichiro ditolak selamba. Pipinya yang dicubit tadi diusap perlahan.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now