BAB 32

3.4K 389 72
                                    

"Hacum!"

"Hacum!"

"HACUMM!"

Shiki usap hidung yang sudah meleleh dengan hingus. Rasa tak sedap badan pula selepas bersin.

"Kau okey tak ni?" Soal Kamachi risau.

Shiki mengangguk saja.

"Siapalah yang mengumpat aku ni. Kalau tahu, aku bakar dia hidup-hidup." Gerutu Shiki. Tangannya dinyalakan api biru yang marak membakar.

Kamachi tersengih saja.

"Simpan kuasa kau. Hehehe, aku panas." Sengih dia.

Si naga hela nafas berat. Api dipadamkan. Lantas dia menyoal.

"Macam mana keadaan Lezabel?"

"Kyoji ada untuk tolong salurkan kuasa dia. Ichiro pun sama, sekurang kurangnya Lezabel masih dapat bertahan lepas ni." Jawab Kamachi. Dia duduk di kawasan beranda rumah untuk menikmati pagi yang nyaman.

"Baguslah tu." Senyuman nipis terlakar di bibir Shiki. Risau dia apabila Lezabel hampir hilang kuasanya kerana degil mahu menyembuhkan anak misteri yang mereka temui.

"Hmmm!"

.
.
.
.
.

"Siapa kalian!" Jerkah Zen. Sebilah pisau sepanjang lengan budak dikeluarkan.  Niat nak lindungi diri dan ayahnya.

Kirito dan yang lain menoleh. Masing-masing tayang muka hairan. Ingatkan dalam pembetung tak ada orang tinggal. Rupanya ada.

"Hai!" Noaki angkat jemarinya melambai.

ZAPP!

Pisau pendek tadi di lempar nyaris mengenai pipi Noaki. Terkaku budak tu dibuatnya.

"Aaaa... Kami di pihak kau." Ujar Kirito. Kedua tangan di angkat tanda menyerah.

"Di pihak kami? Macam mana aku boleh percaya orang asing seperti kalian?." Soal Zen yang masih bersiap siaga.

Kirito toleh Kotaro. Kotaro toleh Noaki. Noaki toleh Miyako. Tapi tak lama selepas di lempang Kirito.

"Auchh!" Pipi kanannya di usap. Dalam diam, Noaki membebel sorang. Matanya menatap Yosuke pula.

"Kami dari utusan Esfahan. Cuba meminta persetujuan dari Raja Asteria untuk berdagang, tapi Raja itu menolak. Kami gagal dalam misi, dan sekarang tengah diburu. Kalau bukan sebab kawan saya tersalah teliport ke sini, mungkin kami tak ada di sini sekarang." Ujar Yosuke tenang. Tak ada lagi intonasi seekor naga. Sempat dia rebut balik badannya tadi.

"Esfahan?" Gumam lelaki tua berjanggut putih. Hairan pula bila ada orang asing menyeludup ke tempat pembetung ni.

"Ya, kami dari kerajaan Esfahan. Dan dia Putera raja dari kerajaan yang dimaksudkan." Jawab Yosuke lagi. Telunjuknya di tunding ke arah Kotaro.

Kotaro tayang wajah terkejut. Kenapa dedahkan identiti dia?!

"Zen, biar ayah berbicara dengan mereka." Bahu anaknya disentuh lembut. Lelaki tua berjanggut putih tersenyum pada anaknya.

"Baiklah ayah." Zen menunduk patuh. Dia berundur ke belakang ayahnya.

"Boleh kami tahu, kami di mana Pak Cik?" Suara Miyako lembut menyoal lelaki tua berjanggut putih itu.

"Kamu berada di tempat persembunyian sebahagian besar penduduk Asteria. Negara kami sudah di jajah sepuluh tahun yang lalu tanpa ada yang menyedarinya. Pak Cik adalah rajanya sebelum Takabuki mengambil alih takhta kerajaan. Zen pula adalah putera Pak Cik. Sudah lama pembetung ni menjadi tempat persembunyian bagi yang menentang pemerintahan Takabuki." Jelas lelaki tua berjanggut putih. Ada riak sedih di wajahnya.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now