BAB 5

5K 493 55
                                    

Sebuah portal terhasil di hadapan rumah Kirito. Di hadapan portal itu pula kelihatan susuk Kirito berdiri tegak. Matanya seakan bersinar garang melihat portal itu.

"Jaga rumah . Aku nak melawat kawan lama," Pesan dia sebelum melangkah ke dalam portal.

Beberapa orang yang menghuni rumah itu menyahut perlahan. Mereka menghantar pemergian tuan mereka pada malam itu.

"Lucas dah pulang!" Jerit Muy. Dia memapah tubuh tegap seorang lelaki berambut putih dan bermata biru laut.

Tubuh Lucas berdarah. Tetapi tidaklah terlalu teruk. Masih boleh berjalan walaupun perlahan.

Beberapa orang yang menghantar pemergian tuan mereka tadi terus mengerumuni Lucas. Tubuh Lucas di angkat.

"Bawa dia masuk ke dalam," Arah Rei.

Tubuh gagah Lucas di angkat dan dibawa masuk ke dalam bilik lelaki itu. Lalu terkocoh seorang gadis berambut merah saga menghampiri Lucas yang memejamkan matanya. Darah pekat yang mengalir ditatap. Segera kedua tangan gadis itu di angkat dan sejurus selepas itu sinaran hijau muda kelihatan.

Tubuh Lucas yang dicakar tadi segera membentuk seperti sebelumnya. Tiada sebarang luka dan darah. Kesan cakaran tadi juga tertutup dan langsung tidak meninggalkan parut.

"Terima kasih," Ujar Lucas perlahan.

Gadis itu tersenyum.

"Rehat cukup-cukup," Dia bangkit untuk menguruskan sedikit perkara yang tertinggal tadi ketika sebelum Lucas datang.

"No... Stay with me. Jangan pergi mana-mana," Tangan gadis berambut merah diraih dan ditarik perlahan. Terus secara automatik gadis berambut merah itu berada dalam dakapan Lucas.

"Lucas!"

"Shh... Aku tak nak dengar suara kau Halena,"

Gadis berambut merah tadi berhenti bersuara. Dada bidang Lucas yang dekat dengannya ditatap. Pelukan hangat si suami dibalas lebih erat.

Lucas tersenyum, sempat sebuah kucupan hinggap pada dahi gadis kesayangannya itu.

Di sebuah kampung yang hampir punah kawasannya. Sebuah portal muncul di tengah-tengah runtuhan kebakaran sebuah rumah yang saiznya lebih besar dari rumah penduduk lainnya.

"Raz..." Gumam susuk seekor musang berekor sembilan.

Kirito menoleh ke belakang. Sekaligus menukar riak wajahnya. Tanpa berfikir panjang, dia segera melangkah mendekati susuk musang berekor sembilan yang terletak berdekatan runtuhan rumah tadi.

"Oga. Siapa yang musnahkan kampung ni?" Soal Kirito sambil memangku kepala Oga, susuk musang berekor sembilan.

"Hahaha... Kau masih ingat nama aku, ya? Berapa ribu tahun agaknya kita tak berjumpa?" Termengah-mengah Oga bersuara. Darah merah membanjiri di sekeliling tubuhnya.

Kirito mengetap bibir.

"Jawab soalan aku, Oga!" Tekan dia. Geram!

"Uhuk! Uhuk! Kau patut tahu di era baru sekarang, puak kami begitu berharga. Dapat membantu manusia menyembuhkan luka dengan cepat dan memanjangkan umur seseorang itu," Sejumlah darah dimuntahkan ketika hendak menjawab pertanyaan sahabat dari masa lalunya itu.

"Banyak manusia yang gilakan kuasa kami, kalah puak syaitan." Sambung Oga.

Kirito terdiam.

"Jadi kau tahu pasal rancangan Edgar?" Soal dia lagi.

Oga mengangguk perlahan. Lubang besar yang terbentuk pada perutnya banyak mengeluarkan darah segar. Malah pada malam itu suasananya amat dingin sekali.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now