BAB 3

6K 559 43
                                    

5 Tahun Kemudian...

Kebakaran besar berlaku lagi pada malam itu. Sudah acap kali terjadinya kebakaran yang merugikan kampung semenjak kebelakangan ini. Juga merisaukan ketua kampung itu.

Oga berdecit . Risau dia bertambah lagi apabila kehilangan anak perempuannya, Miyako. Gadis musang yang memiliki kuasa aneh di dalam dirinya.

"Tolong cari Miyako... Kamachi! Kyoji!" Arahnya. Pelipis diusap beberapa kali. Pening menyerang lagi.

Kedua pengawal kepercayaan puaknya itu mengangguk perlahan. Sekelip mata keduanya lesap. Sempat Oga melepaskan keluhan berat. Selepas pemergian isteri tercinta, datang pula pemburu dan pembunuh upahan untuk menangkap anak gadisnya.

Pelbagai cara dilakukan penjahat-penjahat ini untuk mendapatkan anaknya. Termasuklah menculik penduduk kampungnya untuk dibuat tebusan.

"Sabar ya, Miyako. Ayahanda sedang berusaha mencari kamu." Suasana kampung pada malam itu hingar-bingar. Kekecohan berlaku kerana kebakaran yang mengejutkan itu.

Sempadan antara kerajaan Esfahan dan kerajaan Clarines, di tengahnya terdapat sebuah kampung. Kampung purba. Kampung yang mana tidak pernah melibatkan diri dengan mana-mana perang, termasuklah perang antara Demon King dan King Edgar tiga ribu tahun dahulu. Kampung ini juga tempat di mana puak musang berekor sembilan menetap.

Kampung Ellis. Penduduknya hanya sedikit. Tetapi hidup dalam suasana aman dan damai. Tidak pernah ada sengketa dengan mana-mana pihak di luar sana. Penduduknya juga hidup beratus ribu tahun.

"Miyako..."

Hutan Idora. Hutan puaka dan juga hutan larangan untuk penduduk Esfahan. Tiada siapa berani ke sana kerana perintah terus dari sang raja lagenda suatu ketika dahulu. King Edgar. Di katakan hutan itu menyimpan pelbagai jenis dan bentuk raksasa. Tidak kiralah yang kecil dan besar, sebesar bangunan istana sekalipun.

Tetapi dibalik perintah itu, King Edgar sebenarnya hanyalah mahu mengekalkan khazanah alam saja. Dan juga menyimpan kenangan bersama sahabat syaitannya. Kerana di sanalah awal pertemuan mereka dan juga awal dari segalanya.

Di sudut paling dalam hutan itu, berdirinya sebuah rumah tradisional Jepun. Besar dan boleh memuatkan sebuah keluarga diraja. Tidak jauh dari rumah tradisional itu pula, kelihatan percikan air terjun dari bukit yang terdapat di situ. Jauh dari rumah tradisional itu pula kelihatannya sebuah kawah lut sinar seperti pelindung sedang menutupi rumah besar itu.

"Bangunlah pemalas!" Jeritan garau di pagi hari membingitkan keadaan.

"Bisinglah..."

"Bangun! Sampai bila kau nak terbongkang dekat dalam bilik tu?" Garang sungguh pemilik suara garau itu.

"5 minit..."

"Ah! Tak ada. 5 minit kau tu satu jam. Cepat bangun! Hari ni hari pendaftaran akademi, kau dah lupa?" Mendengus geram kerana yang disuruh bangun tidak juga mahu bangun.

BLUE FLAME!

Api biru bersaiz besar membakar tilam dan juga tubuh manusia yang berada di atasnya.

"SHIKI! Berapa kali aku cakap jangan bakar tilam aku! Tak laratlah nak beli tiap minggu." Seorang jejaka berambut hitam dan sedikit merah bangkit dari lenanya.

Mencelung tajam mata jejaka itu kerana marah yang amat. Kemudian beralih pada tilam yang dibakar tadi. Terpaksa dia pergi ke pekan lagi petang nanti.

Suara garau tadi tertawa terbahak-bahak. Tersungging senyuman sinis di bibirnya. Shiki, naga yang kini menyerupai manusia itu langsung tidak mempamerkan reaksi belas kasihan. Puas hatinya dapat mengenakan tuan 'kesayangan' dia itu.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now