BAB 17

3.6K 408 28
                                    

Wajah bengis Kirito ditatap gerun. Entah siapa yang membuatkan dia meradang malam-malam begini. Ichiro yang berada disebelah lelaki itu sudah habis bulu romanya naik mencanak.

"Tuanku Okey?" Soal Ichiro ragu.

"Argh! Ikutkan hati nak aje aku terjah istana tu," Meja kafe tempat mereka berehat dihentak kuat membuatkan Ichiro secara automatik melatah kuat.

"Golek ayam.. Haa... Ayam golek golek," Ichiro tekup mulutnya. Dijeling tajam  Kirito yang menahan tawa.

"Tuanku!" Tengking Ichiro geram. Dia yang berada dalam rupa roh memukul kuat kepala Kirito. Tapi yang jadi tangan lelaki itu langsung tak dapat sentuh wajah putih bersih Kirito.

Kirito menghamburkan tawanya. Sudah lama dia tak dengar syaitan di sebelah melatah.

"Okey.. Okey.. Cukup.." Beberapa ketul emas diletakkan di atas meja kafe tadi. Tujuan dia hanya mahu menenangkan fikiran sebelum pulang. Miyako yang mengikut sama tadi di larang. Dia tahu si gadis itu penat selepas pulang dari Akademi disebabkan itu dia menghantar Miyako pulang terlebih dahulu.

"Tuanku, kau plan nak buat apa dekat istana nanti?" Melayang-layang tubuh Ichiro di sebelah.

"Bakar istana ratah daging Raja." Ujar Kirito selamba.

Melopong Ichiro mendengar rancangan bernas Kirito itu.

"Tapi Tuanku..."

"Daging keturunan Edgar ni sedap-sedap," Bisik Kirito.

Mereka berdua berjalan menelusuri lorong yang hampir sepi tanpa pengunjung. Hanya terdapat beberapa gerai saja yang masih terbuka.

"Aku rasa tak sedap hatilah dengan kau ni, Tuanku." Gumam Ichiro. Dia sejak tadi lagi menemani Kirito. Dari permulaan pertarungan sehinggalah tamat pertarungan. Dia nampak segalanya.

Sambil berjalan jejaka bermata merah itu menikmati angin malam yang kian menyejukkan. Baju yang telah ditukar tadi beralun mengikut arah angin bertiup.

Sampai di hadapan sebuah bangunan jam, Kirito melompat tinggi hingga ke puncak. Melalui puncak jam itu dia melihat ke arah istana.

Istana gah Esfahan ditatap bosan. Kirito tutup mulutnya yang terbuka luas kerana menguap. Lalu mata dialihkan pula ke arah penjaga pagar utama.

"Apa yang kau nak buat?" Soal Ichiro yang melayang-layang disebelah.

"Burn!!!" Jawab Kirito teruja. Dia yang ingin melangkah untuk turun semula di tahan.

"Jangan!"

"Burn!"

"Jangan!" Beria Ichiro tahan badan Kirito yang sudah menunjukkan keterujaannya.

"Haih, tak delah. Aku nak berunding. Jom! " Jari Kirito dipetik sekaligus mengalihkan mereka ke dalam Istana.

"Huh, siapa tu?" Ujar salah seorang pengawal yang mengawal tingkat atas Istana.

Ichiro melopong buat sekali lagi melihat tindakan gila Kirito itu. Mereka kini betul-betul berada di hadapan sebuah bilik. Bilik tidur Kirito suatu ketika dulu.

"Tuanku gila? Nak kita kena pancung ke apa?" Soalnya.

"Alah, kejap je. Aku nak lawat sini kejap lepas tu pergi jumpa Noaki," Pintu bilik di hadapan mereka dibuka luas. Raut keterujaan Kirito berubah drastik melihat suasana di dalam bilik itu. Kedudukan barang-barangnya masih sama. Tidak terusik sama sekali. Warna bilik tidurnya juga masih sama.

"Mereka tak ubah?"

.
.
.
.
.

Di dalam penjara di bawah istana Esfahan, tubuh tegap Noaki kelihatannya telah disebat untuk beberapa puluh kali. Nafas lelaki itu juga mencungap. Darah segar terlihat masih merah pada luka sebatan.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now