BAB 25

3.6K 364 17
                                    

(Tanda Kirito macam yg di atas 👆)


"Mana kau dapat kereta kuda ni?" Soal Noaki. Terlihat di gerbang utama Esfahan, ada Kirito yang sedang menanti dengan kudanya. Miyako pula sudah berteduh di dalam kereta kuda.

"Belilah. Ingat free?" Sinis Kirito.

Noaki mendecit. Suka sangat menyinis!

"Siapa nak pandu?" Celah Kotaro yang baru sampai.

"Kau," Kirito tunding jari telunjuk pada Yosuke yang berjalan menghampiri mereka.

Serentak Kotaro dan Noaki mengikut arah telunjuk Kirito itu.

"Nak ke dia?" Noaki faham sikap Yosuke yang persis Putera Raja itu. Cerewet, kalau boleh semua nak orang lain buat.

"Dia ketua kita. Dia juga yang atur jalan mana yang patut kita lalu," Ujar Kirito tenang. Dia bersilang tangan. Wajah kekal beku seperti selalu.

Sampai saja Yosuke di tempat mereka, lantas Kirito memberi cemeti. Tatapan tajam berbalas dengan tatapan dingin Kirito.

"Kau pandu." Bisik Kirito di telinga Yosuke.

"Kalau aku tak nak?" Yosuke jungkit kening.

"Kita jalan kaki ke Asteria," Mudah Kirito membidas.

Riak wajah Yosuke berubah jengkel. Sejujurnya sifat yang dimiliki Kirito sangatlah dia tak suka! Berlagak!

"Masuk, aku pandu." Arahnya dingin. Lantas kaki Yosuke menghampiri bahagian hadapan kereta kuda.

"Kau seriuslah?" Tanya Noaki tak percaya. Kuat penangan Kirito ni. Orang batu macam Yosuke pun, boleh patuh arahan dia.

"Aku cakap sekali je atau kau nak kena tinggal," Dingin Yosuke.

Noaki berpandangan dengan Kotaro terlebih dahulu. Sebelum akur dengan arahan Yosuke.

"Mudah." Desis Kirito lalu mengatur langkah ke dalam kereta kuda.

Kereta kuda yang dipandu Yosuke akhirnya bertolak tidak lama selepas itu. Perjalanan yang panjang agak memakan tenaga, jadi mereka akan bergilir untuk memandu ke arah destinasi pilihan. Sambil-sambil menunggu di dalam kereta kuda, ada juga sesi memperkenalkan diri antara Kotaro dan Miyako. Tidak tinggal Yosuke dan Kirito.

Walaupun sesi memperkenalkan diri tidaklah sebaik ketika Kirito berada di dalam kelasnya. Namun tetap juga diteruskan. Aneh, orang yang tak pernah dikenali tiba-tiba saja boleh menjadi satu kumpulan yang lengkap.

"Kita berhenti dekat sini," Suara Noaki memecahkan kesunyian yang melanda. Hampir 5 jam perjalanan, dia disuruh pula untuk menjadi pemandu sekaligus menggantikan Yosuke.

Tanpa di arah, Yosuke sebagai ketua kumpulan keluar dari kereta kuda terlebih dahulu. Diikuti Kotaro dan yang terakhir sekali Kirito dan Miyako.

"Kita dekat mana ni?" Soal Miyako. Perlahan saja suaranya. Masih malu untuk bersikap ramah dengan yang lain.

"Kampung Tethoris." Jawab Noaki.

Di hadapan mereka tergambar sebuah panorama Kampung Tethoris yang riuh dengan penduduknya. Aktiviti jual beli juga semakin giat ketika malam hampir berlabuh. Tidak kurangnya, kanak-kanak yang berlari riang ke merata tempat.

"Aku nasihatkan jaga elok kantung emas korang. Dekat sini ramai pencuri, silap-silap tak berbaju balik ke Esfahan nanti." Sambung Noaki lagi.

"Mana kau tahu semua tu? Aku tengok elok je dorang jalankan rutin harian," Kotaro bersuara hairan

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora