BAB 20

3.8K 399 16
                                    

Portal hitam keungguan terserlah di hadapan istana kerajaan Zariya. Di hadapan portal itu pula kelihatan Kirito dan beberapa orang yang lainnya sedang berdiri gagah.

"Wow, ini ke Zariya?" Soal Kamachi. Tidak pernah lagi dia mengembara ke kerajaan lain seperti ini.

Kirito tersenyum nipis.

"Zariya negara pasir." Ujar seseorang. Tubuhnya tegap. Berdirinya dia di sana penuh karisma seorang raja yang adil lagi saksama. Dia Raja Leonard. Namanya terkenal di seluruh Zariya kerana kepimpinan dia yang begitu teratur.

"Korang boleh dah pergi festival dekat bandar. Aku nak berbincang dengan dia dulu," Ujar Kirito tenang. Lelaki bermata merah itu seakan menyembunyikan sesuatu tanpa mereka sedari.

"Aku ikut kau," Shiki menawarkan diri tetapi langkahnya terhenti apabila Kirito menjegilkan matanya.

"Pergi sana. Aku tak nak diganggu. Ini hal peribadi antara raja." Ujar Kirito dingin.

Ichiro yang berada di belakang Shiki ketap bibir. Perangai Kirito terserlah aneh pada hari itu

"Kirito..." Meleret Shiki memanggil.

"Haih... Yelah yelah, kau boleh ikut." Ujar Kirito beralah. Nanti lambat pula perbincangan dia dengan Raja Leonard.

Zenith yang berdiri bersebelahan dengan Ichiro menyiku lelaki syaitan yang menyamar menjadi manusia itu. Dia juga dipaksa untuk menyamar walaupun tidak tahu menggunakan kuasa yang berada di dalam badannya. Mujur Ichiro mengajar dia sebelum mereka berangkat ke negara pasir ini.

"Kenapa?" Soal Ichiro.

"Kirito ada urusan apa dengan orang dekat depan kita ni?" Soal Zenith polos.

"Dia yang kau maksudkan tu Raja Zariya. Pasal urusan tu aku tak tahu. Dan macam mana Kirito terpanggil ke sini itu pun aku tak tahu," Jelas Ichiro berbisik.

Melihat Ichiro yang sedari tadi berbisik, Kirito pula datang mencelah.

"Ichiro aku amanahkan dorang untuk kau. Jangan sampai buat kecoh pula nanti dekat bandar," Pesan Kirito sebelum beredar. Raja Leonard yang berada di hadapannya hanya diam bersama senyuman yang sejak tadi melebar.

"Baik. Aku pegang kata-kata Tuanku," Si syaitan tunduk patuh.

"Semoga kamu semua seronok dengan festival di negara beta," Tutur Raja Leonard lembut mengambit perhatian kesemua rombongan Kirito.

Zenith dan Kamachi tersengih. Lezabel, Kyoji dan Miyako pula hanya diam bersama senyuman mereka.

"Patik pergi dulu Tuanku." Pamit Ichiro. Tutur katanya pada malam itu berbeza sekali dari sebelumnya. Setelah itu dia membawa kesemua rombongan tadi keluar dari istana yang berdekatan dengan bandar yang dikatakan tadi.

Kirito dan Shiki hanya menghantar mereka dengan pandangan sebelum mengikuti Raja Leonard ke dalam istana.

"Macam mana kau boleh tahu cara memanggil aku ke sini?" Soal Kirito terus ke akar umbi perbicaraan. Mereka ketika itu masih dalam perjalanan ke bilik makan di raja.

Raja Leonard mengeluh sebelum menjawab pertanyaan lelaki muda di hadapannya.

"Ayahanda beta yang mencadangkan supaya memanggil nama Tuanku. Dia juga sempat membuka sejarah lama mengenai persahabatan Tuanku dengan nenek moyang kami. Dan juga mengenai merentas masa yang dilakukan oleh Tuanku Edgar." Jawab Raja Leonard tenang.

Kirito mengangguk perlahan. Fahamlah dia bagaimana dia boleh berinteraksi terus dengan waris seterusnya kerajaan Zariya.

"Jadi apa tujuan kau panggil Kirito ke sini?" Soal Shiki pula.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now