BAB 36

4.1K 420 99
                                    

Riuh rendah di kawasan sekitar tanah lapang di Asteria apabila seluruh rakyatnya berkumpul sama. Namun, keadaan itu tidak berpanjangan apabila tanpa di perintah, askar Asteria yang berada di bawah pemerintahan Raja Takabuki segera mengepung rakyat Asteria tanpa menghiraukan keadaan di sekeliling mereka.

Kekejaman mula terserlah semula.

Pedang dan tombak di hunus tinggi menghadap rakyat Asteria yang menandakan sebagai sebuah ancaman. Ancaman bunuh pada mereka yang melawan.

"Semua, berundur!" Jerkah Zen. Dia mengambil tempat di bahagian paling hadapan, sekali gus menghadap General Shin. Lelaki yang tampaknya ketua di dalam medan perang ini.

"Kami berterima kasih kepada pemilik kuasa yang telah mengumpulkan semua pemberontak ini." Ujar General Shin angkuh.

"Azraa!" Panggilnya kemudian. General Azraa yang sudah terlepas dari pengaruh kuasa Noaki menyahut lantang.

"Yes, General!"

"Bunuh mereka semua!" Arah General Shin tanpa sedikit pun belas kasihan.

Kotaro berdecit perlahan. Sebagai salah seorang yang berdarah diraja, dia murka dengan tindakan semberono General Shin. Ingin saja dia berjuang habis-habisan menentang lelaki itu, namun keadaannya tidak mengizinkan. Hampir separuh staminanya terkuras kerana pertarungan di istana tadi. Dia penat. General Shin memang mahukan rakyat Asteria musnah. Sikit pun tidak memikirkan belas kasihan terhadap rakyat yang tertindas ini.

"Sekarang apa pulak?" Soal Noaki.

Melihat situasi yang telah berubah, Shiki maju membelakangi penduduk Asteria. Siap siaga sekiranya ada serangan mengejut dari pihak musuh.

"General!" Panggil General Azraa lantang apabila melihat Shiki yang menjadi benteng di antara rakyat Asteria dan askar mereka.

"Abaikan yang menghalang! Bunuh saja jika perlu, " Balas General Shin sambil tersenyum sinis.

"Jangan cuba-cuba dekat. Kalau tak nak di bakar." Ujar Shiki keras, sekaligus melindungi penduduk asal Asteria di dalam apinya yang marak menjulang dalam bentuk bulatan.

Kuasa yang di keluarkan Shiki buatkan Zen tersentak kaget. Bulat matanya memerhati api biru yang menjulang tinggi memagari mereka. Melindungi dengan kehangatan yang tidak pernah di rasai dan merawat segala luka yang pernah ada di tubuh mereka.

"Shiki," Bisik Zen. Teringat dia pada naga lagenda yang pernah melindungi Asteria beribu tahun yang lalu.

"Wow, jarang nampak kau sanggup lindungi 'manusia'." Ujar Asmodeus kagum. Setahunya, Shikilah antara naga yang angkuh dan tidak mahu berkomunikasi dengan manusia. Dan kini, segalanya telah berubah. Shiki buka lagi susuk naga seperti itu.

Shiki, manusia naga yang mahukan perdamaian setelah di kurung berpuluh tahun di dalam tubuh Kirito

"Zaman keangkuhan aku dah berlalu." Balas Shiki tenang.

"Oh, ya? Aku teringin mendalami kau yang baru ni," Balas Asmodeus.

Shiki tersengih. New Shiki New life.

"Sudah!" Ujar seseorang. Mencelah antara kehangatan yang di timbulkan oleh General Shin.

"Kirito!" Desis Yosuke. Dia agak terkejut dengan kemampuan Kirito yang mampu memindahkan kesemua rakyat Asteria untuk bersemuka dengan para askar mereka.

"Apa lagi budak mentah?" Bidas General Shin.

"Sampai bila kau nak timbulkan perang? Sampai bumi Asteria rata?" Soal Kirito. Dia berjalan perlahan mendekati teman-temannya.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now