BAB 28

3.2K 363 34
                                    

"Drago!"

"Apa?"

Kaito merenung wajah seorang budak lelaki yang sebaya dengannya. Mata emas dan rambut yang berwarna putih terlihat sedikit beralun. Tiada anak naga seperti selalu.

"Aku rasa tak sedap hatilah. Di mana sebenarnya kita agaknya? Sejak dua menjak ni aku dapat rasa tekanan kuasa Pak Cik Shiki." Luah Kaito risau.

"Entahlah, mungkin kita ke masa lalu." Drago hela nafas perlahan.

"Kalau masa lalu tu bila? Tahun berapa?" Kaito bangkit dari duduknya. Mata pula melilau ke segenap ruang di alam bawah sedarnya.

"Aku tak tahu. Tunggu luka kita dah pulih baru kita boleh tengok sendiri." Pujuk Drago.

"Aku rindu bonda," Redup tatapan Kaito mengenangkan susuk seorang ibunya.

"Hmm, aku dapat rasa aliran kuasa ibu masuk ke dalam kita." Mata emasnya merenung ke atas di mana hanya ada kegelapan tanpa penghujung.

BOOM!

Di tempat Kirito, impak kuasa Osward terlampau kuat hinggakan mereka yang tak ada kena mengena terkena juga. Malah Ken yang cuba berlawan dengan lelaki syaitan itu sudah hampir dengan nyawa-nyawa ikan.

"Haa... Haa... Haa.." Nafas Ken sudah tak teratur lagi. Salah satu general Raja Onxy itu kuat juga orangnya.

"Takkan kita tengok je?" Soal Kotaro. Kesian tengok Ken yang berdarah satu badan itu.

"Kita tunggu." Ujar Noaki.

"Kau ingat Tuanku Onxy tak tahu kerja kau selama ni?" Sinis Osward yang menyepak perut Ken. Besar mana pun haiwan yang Ken pilih untuk berubah, tetap saja dia lemah melawan magic.

"Ghak! Kau banyak cakap Osward." Sindir Ken. Dia cuba bangkit. Tak sangka pula berbola warna merah tadi mampu membatalkan kuasanya. Tsk, magic!

Tidak jauh dari tempat perlawanan Ken dan Osward, ada Asmodeus yang menundukkan badannya di hadapan Yosuke.

"Tolong selamatkan adik aku." Pinta dia. Tak sanggup tengok adiknya tercedera sebegitu parah.

"Aku merayu." Sambung Asmodeus.

Yosuke ketap bibir rapat. Dia juga seorang abang, faham benar perasaan Asmodeus yang sangat sayangkan adiknya itu. Tapi yang mengejutkan dia, Asmodeus seorang syaitan, tak sangka mampu mengalirkan air mata seperti manusia. Dia yang sebagai separuh syaitan dan manusia juga tidak mampu mengalirkan air mata.

"Kita protect Ken." Demi menyelamatkan kaumnya, Yosuke putuskan untuk membantu.

Kirito di sebelah jungkit kening. Ini gila! Rahsia dia boleh terbongkar. Namun bila difikirkan kembali, demi Asmodeus.

"Miyako kau jaga perempuan dekat kereta kuda tu. Noaki, Kotaro ikut aku serang syaitan, kau pula duduk sini." Arah Yosuke. Tangannya perlahan-lahan sudah mewujudkan api kemerahan yang semakin membara.

"Hn!" Sahut ketiga rakan sepasukan Yosuke.

"Kenapa aku kena duduk sini?" Soal Kirito tak puas hati.

"Kau hanya akan menyusahkan kami." Ujar Yosuke sebelum beredar.

Kirito ketap bibir. Dia tak lemahlah! Ingin sekali Kirito menjerit sekuat hati seperti itu.

"Tsk, jangan mati sudah." Sinis Kirito. Matanya turun pada Asmodeus yang masih menunduk. Tak senang hati dia melihat syaitan yang seorang ini.

"Kau pula berdiri. Jangan tunduk macam tu demi nak mendapat bantuan." Nasihat Kirito. Tangannya menyentuh bahu Asmodeus lalu dibantu untuk bangkit. Keadaan lelaki itu terlihat parah sekali, darah hitam di sana sini. Banyak juga isi yang terkoyak kerana berlawan.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now