BAB 42

2.7K 386 95
                                    

"Itukan Kirito dari kelas belakang..."

"Eh, haahlah. Apa dia buat dekat sini?"

"Dia ikut perlawanan hari ni. Kalau tak silap aku Noaki pun terpilih juga wakil akademik kita,"

"Kau biar betul! Akademi kita tak ada murid lain lagi ke sampai nak ambil budak kelas belakang?"

"Kau tak tahu?"

"Apa pulak kali ni?"

"Dorang terpilih sebab misi pengetua dua minggu lepas dorang dapat selesaikan,"

"Setakan tu je ke? Dorang dapat misi apa sampai pengetua sendiri yang pilih?"

"Misi selesaikan pemberontakan dekat Asteria. Aku dengar susah juga sampaikan Yosuke luka parah masa misi tu,"

"Oh, Yosuke pun ada sekali patutlah. Itu aku tak hairan sangat sebab dia kuat,"

Kaito menoleh ke belakang apabila telinganya menangkap bunyi yang kurang enak untuk di dengarkan lalu menatap pula Kirito yang berada di sampingnya. Terlihat lelaki itu hanya beriak biasa. Tidak sedikit pun terganggu dengan apa yang diperkatakan oleh beberapa orang pelajar yang berada berdekatan dengan mereka.

Namun hal itu tidak berlaku kepada Kaito. 
Hatinya panas mendegarkan kata hinaan yang merendahkan martabat ayahandanya itu. Meksi ayahandanya di masa hadapan tidak begitu peduli dengannya tetap Kaito menjadikan ayahandanya seorang hero di dasar hatinya yang cukup dalam. Kirito seorang raja yang kuat! Raja dari kerajaannya sendiri. Kaito ttidak akan membenarkan ayahandanya di hina sebegitu lantas tanpa ada yang menyedarinya laju langkahnya mendekati kumpulan pelajar tadi. Niatnya mahu memberikan sedikit amaran namun tindakannya sempat di halang oleh ayahandanya sendiri.

Kirito menggelengkan kepalanya seraya menepuk lembut bahu Kaito. Mujurlah dia menyedari tindakan aneh Kaito itu tadi.

"Sabar," Ujarnya melalui telepati.

"Tapi...!" Bantah Kaito yang tak senang dengan cara ayahandanya itu.

Kirito tersenyum nipis apabila tangannya ditepis kasar oleh Kaito yang menandakan protes.

"Kau tengok dan belajar budak," Balas Kirito lagi seraya mengosok lembut kepala anaknya itu.

Kaito mencebik mendegarkan perkataan yang di keluarkan oleh ayahandanya itu.

"Ayah semua macam dah sedia nak bertolak je ni," Ujar Kirito memecahkan keheningan yang seketika menyelubungi tempat mereka berdiri.

Pengetua Ibuki mengganguk seketika.

"Semua dah berkumpul dekat sini rasanya semua dah sedia,"

"Kotaro tak ikut sekali?" Soal Kirito pula apabila dia tidak merasakan kehadiran lelaki itu.

"Dia tak ikut kita dia ada dengan Raja dan Pemaisuri masa ni."

Kirito mengangguk perlahan lalu menatap ke setiap penjuru tempat mereka bergumpul.

"Kamu boleh buat?"

Kirito tersengih .

"Boleh ayah,"

Kirito menundukkan badanya lalu menyentuh lantai di tempat mereka sedang berdiri.

ZAPPPP

Sebuah pentagram berwarna ungu muncul di bawah mereka. Malah medan magis itu semakin besar sehingga mempu memuatkan kesemua orang di dalamnya.

"Apa ni!"

"GAH! Kita di sedut!"

"Tenang semua. Ini portal tingkat tinggi yang bawa kita ke Koloseum," Ujar Pengetua Ibuki yang menenangkan anak-anak muridnya.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now