BAB 19

3.7K 379 48
                                    

Kemunculan Ichiro di laman hadapan rumah gah milik Kirito menghairankan Zenith. Dia yang baru saja hendak merehatkan diri terbantut. Wajah sayu yang dibuat-buat itu ditatap hairan.

"Erk..." Dia ingin menegur tetapi tidak tahu hendak memanggil Ichiro apa pula.

"Tegur ajelah kalau nak tegur tu. Panggil aku apa-apa je janji yang kau suka," Ujar Si syaitan tua itu. Dia dapat rasakan kehadiran Zenith di sana.

"Muka kau macam baya Kamachi je. Tapi umur dah lebih 3 ribu tahu." Ujar Zenith serba salah.

"Hmm... Panggil ajelah aku pak cik ," Ujar Ichiro pasrah.

Zenith melabuhkan duduk di sebelah Ichiro. Mereka kini berada di koridor rumah. Masing-masing melayan perasan gugup yang menerpa diri.

"Boleh kau ceritakan pasal ayah aku masa dulu-dulu," Ujar Zenith perlahan.

Ichiro jongket kening hairan.

"Ayah kau tak ada cerita ke?" Soalnya.

"Tak. Aku nak tahu macam mana dia dulu. A–aku membesar tanpa dia." Zenith gigit bibirnya.

Ichiro mengangguk faham. Tangannya naik merangkul bahu anak sahabatnya dulu.

"Macam mana kau kenal ayah kau kalau kau tak membesar dengan dia?" Soalnya hairan.

"Mama bagi tahu aku sebelum dia meninggal. Sebelum tu dia ada bagi juga sekeping surat."

Jiwa Zenith yang sebenar sangatlah lembut dan penuh dengan kasih sayang. Tetapi tatapan umum dikaburi dengan seraut wajah dingin itu.

"Ayah kau dulu banyak peminat. Ehem, maksud aku dia general yang sangat disegani, mana-mana tempat dia pergi mesti ramai kenal. Ayah kau walau muka macam batu tapi ramai jugalah puak manusia dia selamatkan." Hembusan nafas pendek kedengaran.

"Aku kagum dengan dia. Masa perang dulu dia sendiri minta supaya ditempatkan di barisan hadapan. Dia bertarung bersungguh-sungguh masa perang tu, tak kiralah badan berdarah macam mana pun. Kalau boleh medan perang tu dia nak jadikan kubur dia," Di hujung ayat Ichiro tertawa kecil.

Terlakar senyuman nipis di bibir Zenith. Dia bangga punya ayah sehebat Alessandro.

"Tapikan siapa mak kau? "Soal Ichiro hairan.

"Mama puteri sulung puak orang asli di  Selatan Asteria. Mama cakap masa dia jumpa ayah, badan ayah penuh darah. Dia tolong ayah, bila ayah dah sembuh ayah..." Bibir Zenith tersengih.

Ichiro mengatur postur duduknya.

"Ayah kau jatuh cinta ke? Ceritalah sikit," Ichiro pula tertarik dengan kisah cinta klise sahabatnya itu.

"Haah... Dia jatuh cinta. Lepas setahun duduk di perkampungan tu ayah lamar mama."

"Uishh.. Berani juga member aku ni." Tawa Ichiro terlepas berdekah-dekah.

Zenith tersenyum mendengar tawa sahabat lama ayahnya itu.

"Mama terima lamaran ayah. Mereka berkahwin dan hidup bahagia macam pasangan lainnya. Tapi sekejap je. Bila perkampungan orang asli tu diserang dengan sesuatu. Ayah tak berdiam diri. Dia nak cari sesuatu tu tapi terpaksa tinggalkan mama yang tengah sarat mengandung. Mama terpaksa pasrahkan je pemergian ayah. Tapi tak sangka itu kali terakhir mama berjumpa ayah, " Raut Zenith bertukar mendung.

"Sedih juga kisah perjalanan Alessandro," Celah Shiki. Dia yang sedari tadi mendengar kedua lelaki itu berbual hanya mendiamkan diri. Tidak mahu mengganggu perbualan yang kelihatan rancak saja tadi.

Kamachi yang kebetulan melalui kawasan koridor itu mengerut dahi. Ada apa-apa yang dia tak tahu ke? Mesyuarat koridor? Tanpa berfikir panjang dia juga tumpang sekali duduk di kelompok lelaki-lelaki itu.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now