BAB 16

3.8K 373 43
                                    

KTANG

Pedang yang saling berlaga itu menghasilkan percikan cahaya kecil. Helaan nafas mencungap kedengaran. Tatapan tajam lawan dibalas.

"Dah kau boleh berehat." Ujar Noaki setelah selesai berlatih pedang di padang Akademi.

Kirito tidak mahu mengalah. Dia perlu menang untuk memujuk Noaki agar mewakili kelas. Pendaftaran hanya untuk hari ini saja. Dia tidak mahu kelasnya ditindas lagi. Mereka perlu maju.

"Takkan selagi kau tak terima tawaran aku." Ujar Kirito. Mereka berlawan untuk menentukan penyertaan Noaki.

"Aku tak nak cederakan kau. Tolong faham," Noaki hela nafas berat.

"Kalau Pak cik Tora hidup lagi dia mesti nakkan kau dapat kontrol kau punya kuasa," Ujar Kirito selamba.

DENG

Noaki tersentak. Lurus pandangan matanya menatap wajah sang sahabat. Tatapan penuh kebencian terlakar.

"Jangan babitkan bapak aku lah sial!" Jeritnya. Pantang benar dia apabila ayahnya disertakan sekali.

Terundur setapak Kirito melihat amukan sang sahabat. Murid-murid dari pelbagai kelas sudah menjarakkan diri dari kedua sahabat itu apabila merasakan bahaya yang datang daripada Naoki.

Padang Akademi Tempur Esfahan mulai sunyi. Mereka trauma melihat amukan Noaki.

"Janganlah sekarang," Bisik salah seorang murid di sana.

KTANG

KTANG

Deras libasan pedang Noaki sehingga membentuk kawah kecil di bawah Kirito. Matanya pula tajam seperti pemburu. Bunyi menderam persis seekor harimau kedengaran. Bengis wajahnya tidak ketinggalan.

Niat Kirito hanya mahu sahabatnya sertai pertandingan tidak lebih dari itu. Tetapi lain pula jadinya. Dia berdecit

"Bodohlah kau Kirito!" Desis hatinya.

Semakin Kirito membalas tetakan Noaki, semakin mengila serangan yang diterimanya. Semakin dia menahan semakin banyak kuasa yang dikeluarkan oleh Noaki. Kirito ketap bibir. Tiada pilihan lain!

Pedang yang digunakan disalurkan sedikit kuasanya. Perubahan mendadak dari Noaki membuatkan dia berjaga-jaga. Segala serangan daripada Noaki ditepis pantas. Meruncing mata Kirito melihat corak pergerakan sang sahabat.

Noaki mengaum. Tubuhnya diselaputi cahaya keemasan. Daya tekaan kuasanya semakin meningkat. Sehingga sesetengah pelajar elit ada yang terduduk menahan daya tekanan yang luar biasa itu. Ada pula yang sukar bernafas. Gelombang kuasa Naoki pula sampai ke istana Esfahan malah Pengetua Ibuki juga merasakannya.

"Tak.. Benda ni tak boleh jadi lagi!" Bisik Pengetua Ibuki. Lantas dia berlari keluar dari biliknya untuk menuju ke padang Akademi.

Mencungap Kirito akibat menerima serangan yang bertali arus itu. Sempat juga dia menjeling keadaan pelajar yang tidak sempat melarikan diri. Masing-masing terduduk menahan daya kuasa yang luar biasa itu.

"Edgar maafkan aku," Bisik Kirito. Kuasanya dikeluarkan, sfera kegelapan tercipta tanpa sesiapa sedari. Sfera kegelapan itu untuk perlindungan kepada pelajar Akademi.

Dia maju ke hadapan. Langkahnya besar. Kirito melibas kuat pedang yang digunakan. Anak mata runcing Noaki ditatap sekilas.

KTANG

Tak disangka pedang Kirito terpatah dua. Bulat mata lelaki itu melihat pedang yang dipakai tadi.

"Sampai bila kau tak nak terima kuasa tu?" Soal Kirito. Pedang yang digunakan di buang ke sisi.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now