BAB 34

4.2K 395 70
                                    

Mendung yang berarak ditatap Asmodeus. Dia menghela nafas berat. Malam ini tugasnya sebagai pemantau keadaan sama seperti Shiki. Manakala yang lain menyeludup masuk ke istana raja.

Secara senyap, kesemua mereka yang berjumlah enam orang menyelinap masuk ke kawasan masing-masing yang telah ditetapkan.

TANG!

"Apa benda tu?" Bisik Noaki. Terkejut dia. Sudahlah gelap, penglihatan juga terbatas.

"Pagar istana dah terbuka." Jawab Kirito secara berbisik juga.

"Dorang nak pergi mana malam buta ni?"   Ken dari kejauhan bertanya. Bukan sepatutnya kesemua ahli diraja sedang beradu ke? Ni boleh pula ada kereta kuda keluar.

Yosuke menggeleng kepala. Tak tahu.

"Masuk." Arahnya menggunakan jari.

Yang lain akur. Ketika pagar istana terbuka besar, keenam-enam lelaki itu menyelinap masuk.

KTANG!

Sekali lagi bunyi pagar istana yang agak menyeramkan berbunyi. Pencahayaan di ruang istana ketika itu agak malap, buatkan yang bermata seperti Lucas dan Ken bercahaya ketika di dalam gelap.

Lucas dan Ken lantas berubah bentuk. Keduanya menyerupai serigala bertubuh besar. Lucas yang sememangnya di kenali sebagai alpha putih agak terkejut melihat Ken yang menyerupai serigala hitam. Namun sempat syak wasangka itu di tolak ke tepi.

"Kami pergi dulu." Bisik keduanya.

Kedua serigala itu pun menggunakan deria yang ada untuk mencari si raja palsu.

"Aku juga." Bisik Noaki.

Ketika semuanya berjalan lancar, tiba-tiba obor di kawasan istana menyala terang. Kirito, Yosuke dan Kotaro tersentak. Ketiga mereka mula merapatkan diri apabila sebuah angkatan tentera mengepung. Zirah besi yang dipakai terlihat turut memantulkan cahaya.

Kotaro telan air liur kelat.

"Penceroboh!" Pekik suatu suara seperti mengarahkan untuk ketiga-tiga mereka ditangkap.

"Lawan." Bisik Yosuke yang sempat menoleh ke belakang.

"Tsk, plan gagal." Decit Kirito.

Maka ketika itu, bermulalah pertarungan yang tak dijangka. Kotaro dengan kilatnya menghentam tentera berzirah. Manakala Yosuke dengan apinya, meleburkan zirah yang dipakai. Kirito pula menggunakan pedang yang dibawa untuk berlawan.

"Zirah besi dorang terlampau kuat nak dileburkan." Bisik Yosuke.

Di lain tempat pula, Lucas dan Ken serta Noaki terlihat turut sama di serang. Penyeludupan mereka seakan sudah diketahui seseorang.

"Aku benci zirah besi dorang." Luah Lucas yang berderam kasar.

"Grrr," Ken juga tidak turut ketinggalan.

"Banyakkan berlawan!" Jerit Naoki. Pedang emas yang di seru ketika perlawanan menentang Osward terlihat, tergenggam erat di tangan.

"Terlampau banyak!" Ujar Kotaro di sisi lain.

Melihat keadaan yang sudah kucar kacir. Sempat Kirito mendongak. Melihat ke arah istana pada tingkat paling atas. Dia mendecit. Raja Takabuki berdiri di beranda biliknya. Sambil tersenyum seakan sudah tahu rancangan mereka.

"Kirito, fikirkan sesuatu!" Pekik Yosuke. Terlihat peluh sudah bercucuran jatuh di wajah kerana keletihan.

"Ada di kalangan kita pengkhianat!" Ujar Kirito sambil melibas pedangnya.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now