BAB 23

3.7K 375 33
                                    

"Kaito!" Pekik gadis berambut ungu. Tangannya dihulurkan bagi menggapai tangan lelaki bernama Kaito.

Ribut taufan yang terhasil buatkan penglihatannya agak kacau. Malah kilat yang saling sambar menyambar buatkan perasaannya berkecamuk sama ada mahu membantu atau menyelamatkan Kaito.

Di sebuah terowong masa yang terapung di dada langit. Ada seorang remaja lelaki tersenyum nipis sebelum menjunam masuk ke dalamnya. Terowong masa yang diseru seratus peratus dengan kuasa kegelapan.

"Bagi tahu ayahanda, aku akan pulang dengan nama seorang wira." Ujar lelaki itu sebelum sepenuhnya masuk ke dalam terowong masa tadi.

"Tak! Jangan, Kaito!" Jerit garis berambut ungu. Mahu tanggal jantungnya melihat rakan seperjuangan sendiri masuk ke dalam terowong masa yang tidak tahu di mana penghujungnya.

"Biarkan dia pergi. Aku yakin dia tak akan apa-apa," Seorang lelaki lain bermata biru cuba menenangkan gadis berambut ungu. Dia terlambat sampai. Jika tidak, sudah pasti dia juga akan ikut sekali dengan Kaito.

"Tapi Yugi," Ujar gadis berambut ungu tak yakin.

"Kita kena balik sekarang Yukine. Kita perlu laporkan yang gerbang waktu sudah terbuka," Yugi tersenyum simpul.

Gadis berambut ungu, Yukine mengangguk. Kehilangan Putera Mahkota kerajaan mereka perlu di laporkan segera. Jika tidak ada masalah lain yang datang nanti .

"Kita bagi tahu yang lain, " Ujar Yukine.

"Jom! "

Di sebuah istana raja yang terbina kukuh, jauh dari terjadinya pembukaan semula gerbang waktu. Ada seorang Raja gagah berdiri bersama anak mata yang bercahaya kemerahan. Terlihat riak wajah Raja tersebut tidak menyenangi akan sesuatu.

"Kanda," Panggil seorang wanita cantik dalam persalinan seorang Permaisuri.

"Gerbang waktu sudah terbuka kembali. Ini malapetaka buat masa lalu kita," Ujar Raja itu. Gigi diketap rapat, cuba mengawal amarahnya.

"Kaito," Gumam wanita itu. Risau yang menggunung tak dapat disorokkan. Jelas terpapar di wajah sang permaisuri.

Tiba-tiba, sedang suasana hening menguasai ruang rehat diraja. Bunyi perisai pahlawan berlaga kedengaran mendekati sang pemerintah. Dengan wajah tanpa riak dia menunduk hormat.

"Tuanku, ahli kumpulan Putera Kaito datang menghadap." Ujar pengawal elit tersebut.

"Bawa mereka masuk," Arah Raja bermata merah tegas.

"Baik,"

Tidak lama selepas arahan si Raja, beberapa orang remaja pun masuk ke dalam ruangan rehat tersebut.

"Maaf mengganggu Tuanku. Patik Yugi, salah seorang ahli kumpulan Putera Kaito datang menghadap." Lelaki bermata biru, Yugi namanya menunduk hormat.

Raja bermata merah mengangguk saja. Tidak banyak dia ingin katakan sebelum laporan dari Yugi.

"Semasa menentang Giro yang sudah berubah menjadi raksasa, kami hadapi masalah baru. Giro, dia berjaya membuka terowong masa Tuanku sekaligus menarik Putera Kaito masuk sama ke dalam terowong tersebut. Kami gagal menghalang Putera Kaito. Ini saja yang Putera Kaito sempat tinggalkan. " Lapor Yugi. Sempat dia hulurkan cebisan baju Putera Kaito yang tertulis 'Kaito akan pulang dengan gelaran seorang wira seperti ayahanda!'

Dengan senang hati si Raja sambut huluran Yugi. Walaupun tidak memaparkan sebarang riak gusar kerana kehilangan anaknya, dia tetap baca apa yang tertulis di atas cebisan baju puteranya itu.

"Nakal!" Gumam Si Raja.

"Ada lagi laporan seterusnya?" Sambung Si Raja bermata merah.

Yugi berpaling ke belakang, menatap ahli kumpulan yang tinggal. Kesemuanya berjumlah lima orang . Sebelum menatap semula Raja di hadapan.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now