BAB 44

3.1K 279 102
                                    

Beberapa minit sebelum bermulanya perlawanan...

"Noaki Kuzuki! Mana Noaki Kuzuki?" laung seorang lelaki paruh baya.

Noaki yang terlihat sibuk berbual dengan sahabatnya yang lain menoleh dengan wajah yang tertanya-tanya.

"Saya cikgu!" sahut lelaki itu sambil mengangkat tangannya.

"Kamu peserta pertama lawan dengan budak kerajaan Zariya. Cepat bersiap!" arah lelaki paruh baya itu lagi.

Noaki mengerutkan dahi. Riak wajahnya juga agak sedikit terkejut.

"Saya?" soal Noaki sambil menoleh ke arah tempat duduk di raja.

Raja Daichi yang menyedari tatapan Noaki mengangguk dengan senyuman sinis di bibir.

Melihat saja daripada reaksi sinis pemerintah Esfahan itu, Noaki sudah tahu makna di sebalik pemilihan peserta itu. Licik! Raja Daichi mahu dia tumbang tanpa perlawanan yang adil.

"Ha, tak guna punya raja!" desis hati Noaki yang tampaknya kesal dengan sikap pemerintah Esfahan.

Memandang Raja Daichi tahu dia tak akan mampu melawan wakil dari kerajaan Zariya kerana kelemahan terbesar miliknya ialah melawan pasir. Namun itu dahulu sebelum kekuatan terbesar miliknya bangkit.

"Aku siap-siap dulu," pamit Noaki sembari menghulurkan penumbuknya ke udara.

"Mesti menang," ujar Kirito yang kebetulan menghampiri lalu menumbuk perlahan penumbuk sahabatnya itu. Di ikuti Yosuke dan seterusnya Kotaro.

"Ye tahu. Takkan aku nak malukan nama kerajaan?" sengih Noaki sebelum memasuki ke tengah kolusium.

"Confident dia beli dekat duh? Bukan main tinggi," soal Yosuke yang tidak menyedari tindakan Raja Daichi yang meremehkan kemahiran Noaki.

"Maybe dia di cabar? Siapa tahu?" ujar Kirito pula seraya mengatur langkahnya ke bangku menunggu.

Ketika kolusium di hujani sorakan para peminat Noaki, terlihat daripada pihak lawan juga sorakannya tidak kalah kuatnya. 

Tambah-tambah lagi apabila peserta Zariya iaitu seorang lelaki berambut putih dengan anak mata yang berwarna ungu, melambaikan tangannya dengan senyuman yang menawan. Menggoda para gadis Esfahan yang kebanyakannya menonton perlawanan itu pada pagi ini.

"Sikap Akane tu tak berubah langsung. Malu pulak aku ," keluh Raja Leonard seraya menekup wajahnya.

Di tempat Noaki pula terlihat lelaki itu menghela nafas perlahan sambil menganalisis lawannya. Dan dalam masa yang sama, terlihat General Azraa memerhati gelagat Noaki itu dengan riak yang tertanya.

Selepas peperangan di kerajaan Asteria beberapa bulan lepas, General Azraa diampunkan kesalahannya meskipun kesilapannya cukup besar sehingga membahayakan nyawa pemerintah kerajaan itu.

Namun, Zen cukup baik sebagai seorang raja. Dia mengampunkan General Azraa dan melantik gadis itu sebagai General Asteria yang baharu selepas tamatnya perang.

"Menarik bukan?" ujar Zen, menarik perhatian General Azraa yang sedari tadi mendiamkan diri.

"Uhm Tuanku," sahut General Azraa seraya mengangguk perlahan.

Zen tersenyum.

Di satu sisi lain pula...

"Drago, Pak Cik Noaki dia memang asal Esfahan eh?" soal Kaito hairan memandang di masa hadapan Noaki merupakan orang kepercayaan ayahandanya dan sentiasa di sisi Sang Raja.

"Entah... mungkin?" jawab seorang lelaki yang sebaya dengan Kaito.

Kaito mengangguk saja meski ragu.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now