BAB 15

3.8K 394 10
                                    

"Hey, Tuanku buat apa?"

"Apa khabar?"

"Hmm, Aku... Aku masih setia tunggu Tuanku."

Asmodeus menunduk. Hujan lebat perlahan-lahan membasahi baju yang dipakai. Keluhan kelihatan tidak ada penghujungnya meniti di bibir. Rutinnya apabila keseorangan. Bercerita dengan seseorang yang masih belum pasti kewujudannya.

"Tuanku? Bila agaknya kita boleh jumpa."

Sayap syaitan miliknya dibuka lebar. Dia ingin menyendiri buat seketika. Sudah lama dia terkurung di istana gah ini. Khabar di luar tidak lagi dia ketahui. Bagaimana perkembangannya, bagaimana rupanya. Dia tidak tahu.

"Buat apa syaitan tua macam kau di sini?" Sinis Axial. Syaitan berambut hijau itu tersenyum mengejek.

Asmodeus tidak menjawab, sebaliknya menghilang dari pandangan mata kasar lelaki itu.

"Heh! Pengecut." Axial terbang di bawah langit yang mendung . Tujuannya untuk ke Esfahan, lalu sayap di kibas kuat untuk memecut ke sana. Perintah Tuanku rajanya harus terlaksana.

"Sampai bila aku nak tunggu Tuanku di sini?" Di atas langit yang kini menghamburkan tangisannya Asmodeus mengeluh lagi.

"Tunggu aku Tuanku!" Matanya bersinar keungguan.

.
.
.
.
.


Hujan lebat ditatap sepi. Kirito mengeluh. Hatinya sedari tadi merasakan sesuatu yang tidak enak. Memikirkan tentang itu membuatkan dia risau. Sekiranya benda itu terjadi keluarga besarnya itu akan berada dalam bahaya.

"Kau naga dari puak mana?" Soal Shiki menarik perhatian Kirito. Kini mereka semua masing-masing berehat di ruang tamu rumah. Menghilangkan rasa penat sekaligus meluangkan masa bersama.

Lezabel mengerutkan dahinya. Hairan mendengar soalan yang diajukan Shiki.

"Kau hidup zaman bila? Sekarang ni naga hidup bersendirian. Tak ada berpuak hanya berkeluarga dan tinggal berkelompok dekat sesuatu tempat." Sahut gadis itu selamba.

Tertarik nafas Shiki mendengar kenyataan yang keluar dari mulut si naga betina.

"Apa maksud kau? Kenapa mereka berpecah?" Tumpuan sepenuhnya diberikan kepada Lezabel. Tertarik dengan jawapan sebelumnya tadi.

Si gadis menghela nafas berat. Nampaknya lelaki di hadapannya tidak tahu mengenai perpecahan kaum naga. Sejarah kehancuran puak naga juga seakan tidak pernah diceritakan kepada Shiki.

"Lepas kemangkatan Raja Naga dengan Demon King 3 ribu tahun lalu, rusuhan antara pembesar puak naga terjadi. Mereka berebutkan takhta Raja Naga. Masing-masing tak nak kalah sebabkan Raja Naga tak ada tinggalkan pewaris jadi mereka beranggapan mereka layak memerintah. " Helaan nafas meniti di bibir Lezabel.

"Peperangan terjadi kerana perebutan tu dan puak puak yang terselamat berpecah. Masing-masing bawa haluan sendiri, tak ada lagi yang mahu hidup berpuak. Kedamaian di kampung asal kami hancur kerana kerakusan pembesar," Ujar gadis itu menamatkan ceritanya.

Shiki tatap lama wajah Lezabel selepas mendengar cerita gadis itu. Hatinya sayu. Bersusah payah dia satukan naga-naga yang ada di dunia suatu masa dulu. Nampaknya usaha dia hanya sia-sia.

"Dengar khabar naga seperti aku sekarang ni tengah jadi sasaran manusia. Mereka nakkan kuasa untuk menjadi yang terkuat," Tambah Lezabel.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now