BAB 4

5.4K 522 65
                                    

Kirito tersengih kekok. Wajah pelajar kelas Bulan ditatap satu per satu. Segan pula dia apabila berdiri di hadapan pelajar yang sedikit kuantitinya.

"Nama aku Kirito Sasaki. Aku rasa korang dah boleh agak yang aku ni tak ada kuasa. Tapi aku mahir dalam seni bela diri dengan pedang sekali." Kirito memperkenalkan dirinya.

Noaki yang duduk di bahagian belakang sekali tersentak.

"Tak mungkin dia. Pelanduk dua serupa je tu. Tapi... Erm tak, dia dah tak ada," Noaki bergumam sendiri. Terkejut dia apabila nama keluarga Kirito itu sama dengan nama rakannya dulu.

Pelajar kelas Bulan mulai berbisik.

"Hensem!"

"Kenapalah dia tak ada kuasa, sayangnya."

"Aku rasa aku dah jumpa bidadara kayangan,"

"Jadi suami aku, please!

Kirito mengusap kepala segan. Tetapi wajahnya kekal beku tanpa riak sedikit pun.

"Encik Sasaki, kamu boleh pergi duduk di sebelah Encik Kuzuki tu." Ujar guru sejarah yang mengajar tadi.

Kirito akur.

Noaki yang berada di sebelah tingkap di bahagian belakang sekali melambai tangan. Dia tersenyum lebar sambil memanggil Kirito agar mendekat.

"Mulai hari ni kau sahabat aku!" Ujar dia tiba-tiba.

Kirito menjongket kening sebelah.

"Hmm...,"

TING... TING... TING..

Bunyi loceng kedengaran. Noaki menguap kecil. Tubuh Kirito yang berada di sebelahnya digoncangkan berkali kali. Awal tahun dah buat masalah! Kirito tidur di dalam kelas sepanjang waktu sejarah tadi.

"Kiri bangun Oi! Kau tak nak rehat ke?"

Kirito menggeliat kecil. Dia mencelikkan matanya. Mata pelajaran tadi benar benar membuatkan dia mengantuk.

"Kantin dekat mana?" Soal dia mamai.

"Jom ikut aku." Noaki bangkit dari duduk. Dia merenggangkan segala ototnya. Habis tepu otak apabila cikgu sejarah mengajar. Dia serik! Sesungguhnya mata pelajaran sejarah sesuai dibuat ubat tidur.

Kirito turutkan saja arahan Noaki. Dia juga masih baru di akademi. Jika ikutkan dia tidak perlu lagi untuk ke akademi, peringkat kecergasan mindanya telah mencapai tahap lebih tinggi dari pelajar di sana. Tetapi kerana mengenangkan sahabatnya dan juga sebuah misi, dia terpaksa melakukannya.

Mereka melangkah keluar. Menuruni satu per satu anak tangga dan membelok beberapa selok. Sejujurnya, Akademi Tempur Esfahan sangatlah besar. Jika sesat, mahunya seminggu baru boleh keluar.

"Kau mengingatkan aku dekat seseorang lah Kirito," Noaki memulakan bicara.

"Siapa?" Sengaja Kirito menduga.

"Sahabat masa kecil aku. Tapi tulah penampilan kau berbeza dengan dia,"

Kirito mengangguk. Tiba-tiba tubuhnya dirempuh seseorang. Kasar sekali. Hampir gugur dirinya, mujur dia bijak menyeimbangkan badan.

"Buta ke?" Tengking orang yang melanggar.

Ternaik kening Kirito apabila ditengking sebegitu. Siapa yang salah sebenarnya? Dia atau orang itu?

Kotaro Ryuu. Putera kerajaan Esfahan itu menengking orang yang dirempuh dia. Sedangkan dirinya yang salah kerana leka.

"Maaf?" Ujar Kirito lebih kepada pertanyaan.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now