PROLOGUE

902 61 13
                                    

Triggered Warning ⚠︎ : Se!f-harm ( If you rasa uncomfortable, feel free to skip this chapter )

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SEMUA SALAH. itu salah, ini salah. semuanya salah. mati agaknya paling betul bagi dia.

argh! gadis itu menyerabutkan rambutnya. buku yang berada diatas meja belajarnya ditolak kasar sehingga jatuh berselerak diatas permukaan lantai.

dia terduduk. lututnya dibawah merapati dadanya. dipeluk erat kedua - dua belah lututnya itu. tidak lupa juga untuk menyembamkan wajah diatas lutut yang masih dibungkus seluar itu.

tangisannya mula kedengaran. sungguh dia tidak kuat lagi dengan candaan semesta. semesta berguraunya keterlaluan. bahkan sehingga baginya, mati itu merupakan jalan penyelesaian yang paling ampuh.

makin lama, tangisannya makin terendam dek kerana wajah yang disembam pada lututnya. dadanya turun naik akibat tersedu - sedan.

setelah reda tangisannya, gadis itu bangun lalu berjalan semula kearah meja belajarnya. pisau boleh laras yang terletak elok dalam kotak pensilnya itu diambil.

perlahan - lahan pelaras pisau itu ditolak. lama mata pisau laras itu ditenung sebelum gadis itu menyingsingkan lengan bajunya.

lengan kiri yang sudah sedia bercorak itu diusap lembut sebelum mata pisau dibawa ke permukaan kulit lengannya.

corak yang dulunya kini dihiasi dengan corak yang baru. warna yang telah pudar kini terang semula. disela tangisan, gadis itu mengukir senyuman nipis.

setelah selesai membuat lakaran diatas permukaan kulitnya, pisau laras itu dicampakkan entah kemana - mana. gadis itu kembali termenung──

memerhati dinding kosong yang ada dalam biliknya itu. seketika, tangisannya kembali kedengaran. dia kembali memeluk kedua - dua belah lututnya itu.

sudah berkali - kali dia meratapi nasib hidupnya. perkara yang menyakitkan ini turut berulang kali berlaku padanya. namun rasa sakit dan perit itu tidak pernah luak.

seakan - akan masih belum sebati dengan dirinya. rasanya seperti baru pertama kali dia diperlakukan seperti itu. bahkan dia kerap kali berasa tidak ingin hidup.

namun kenapa dia masih bertahan sampai sekarang? apa yang menyebabkan dirinya masih mahu meneruskan hidup yang perit ini? bahkan sepertinya mati lebih sahaja.

hingga ke hari ini, aku masih merasakan mati itu jalan penyelesaian yang paling ampuh buat diriku. namun aku hanya akan terlepas di dunia. bahkan diakhirat kelak, aku tak akan mampu lari lagi.

jadi aku masih bertahan hanya kerana aku tahu bunuh diri itu berdosa. lebih baik aku sengsara sebentar di dunia dan berharap penghujung disana bakalan baik - baik sahaja.

gadis itu tertawa sendiri. tawanya kedengaran halus. bahkan untuk ketawa sahaja dia tidak mampu. tenaganya sudah habis dikerah pakai untuk menangis sahaja.

lama masa yang diambil untuk dia menstabilkan semula emosinya. lama juga dia perlu berdamai dengan kata hati yang menyedihkan itu.

setelah hatinya terpujuk, gadis bangun berjalan kearah meja belajarnya. laci yang ada pada meja tersebut ditarik. sebotol ubat gamat dicari lalu diambil olehnya.

kemudian, dia berjalan pula kearah meja solek yang terletak elok pada sudut biliknya. cermin meja solek tersebut ditolak lalu beberapa keping kapas diambil.

dia kembali berjalan kearah katil. gadis itu duduk diatas katil tersebut bersama dengan barang - barang yang dicapai olehnya sebentar tadi.

penutup botol minyak gamat tersebut dibuka. minyak gamat itu dituangkan sedikit ke atas kapas lalu diusapkan lembut pada kesan corak yang ada pada permukaan kulit gadis itu.

kesan corak akibat ulah dirinya sendiri.

perih, namun puas. bahkan jika masalah kembali bertamu, mencorakkan tangannya sendiri adalah pilihan pertama yang menerjah otaknya.

selesai menyapukan ubat pada lengannya, gadis itu mengambil bandage lalu membalut lukanya── menutupi segala kesan akibat ulah dirinya sendiri.

ᶻ 𝗓 𐰁 : trying to normalize kan tekan vote for appreciate the author, thank you * wink *

Jaeryana represent :
Bintangku

- 100% Jaeryana's original idea
( kalau ada yang terbaca atau terjumpa cerita yang sama alurnya, please directly dm me, thank you )

Bintangku Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu