027

215 35 7
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ   RIUH - RENDAH memenuhi segenap ruangan inap desa itu. beberapa anak kecil sedang bermain kejar - kejaran manakala ada yang asik berkepit dengan ibu mereka.

majlis doa selamat pada malam itu hanya dilakukan dengan ahli keluarga terdekat sahaja. tiada orang luar yang terlibat.

namun bayang Ziyad masih lagi tidak kelihatan.

Dayana mengeluh kecil. kemana sebenarnya Ziyad menghilangkan diri? kalau boleh jujur, dia mahu menangis sahaja sekarang ini.

sepanjang seminggu itu, tiada siapa pun yang tahu kemana Ziyad pergi. Puan Aida juga puas menelefon lelaki itu. namun tidak berangkat.

dia rindukan Ziyad.

sentuhan lembut pada bahu Dayana mematikan lamunannya. gadis itu segera menolehkan wajahnya kebelakang.

“umi...”

terus tubuh Puan Aida didakap erat oleh Dayana. ya, dia menangis. dia tidak dapat lagi menahan perasaan hibanya.

“ya Allah, Aya. kenapa ini? siapa buat Aya?” soal Puan Aida khawatir.

mana tidaknya, Puan Aida sebenarnya mahu mengajak Dayana berbual tetapi berakhir dengan gadis itu menangis dalam dakapannya.

tubuh Dayana dielus perlahan. dapat dia rasakan dada gadis itu turun naik kerana esakan tangis.

“Aya... cuba cerita dengan umi. Aya kenapa?” soal Puan Aida lembut.

Dayana menggelengkan kepalanya. wajahnya turut disembamkan pada ceruk leher Puan Aida yang masih berlapik tudung itu.

“Aya menangis dahulu, ya? nanti dah teda sedih itu, ceritalah pada umi.” pujuk Puan Aida dan Dayana mengangguk.

lama mereka berada dalam keadaan seperti itu. lama - kelamaan, tangisan Dayana juga semakin reda. gadis itu mula menolak tubuhnya menjauhi Puan Aida. pelukan diantara kedua wanita itu terlepas.

tangannya naik mengesat air mata yang masih bersisa.

“Aya rindu Jie.” gumam gadis itu perlahan. namun masih boleh didengari oleh Puan Aida.

“mana Jie pergi? seminggu suntuk Aya tak berjumpa dengan dia. d─dia nak tinggalkan Aya ke, umi?” Dayana bersuara lagi.

“ya Allah, sayang. kenapa fikir sampai macam itu sekali? umi tak rasa Ziyad macam itu. mungkin ada sebab kenapa Yad hilang seminggu ini.” pujuk Puan Aida.

kepala Dayana ditarik supaya bersandar dibahunya. dielus lembut wajah bakal menantunya itu.

“selalunya Jie akan berikan pesan buat Aya tetapi kali ini dia langsung tidak meninggalkan apa - apa mesej.”

“dia sibuklah itu, Aya. nanti esok, Aya tanyalah sendiri pada dia.” lembut sahaja suara Puan Aida menyapa telinganya.

“itu pun kalau dia muncul lah.” gumam Dayana, perlahan.

“tak baik cakap macam itu, Aya. tak akan dia nak tinggalkan Aya macam itu sahaja? dia dah penat - penat usaha untuk kejar Aya. tak akan dia nak tinggalkan Aya macam itu aja?” pujuk Puan Aida lagi.

Dayana menggumam kecil. pelukan pada Puan Aida semakin dikemaskan, “dia lelaki, umi. lelaki ini kita tak tahu perwatakannya macam mana.”

“iya, umi faham. cuma umi mahu Aya terus bersangka baik pada Yad, ya? umi yakin dia ada alasan yang tersendiri.”

gadis itu hanya mengangguk kecil. kolam air matanya kembali terasa hangat. sepertinya dia bakal menangis lagi.

“kesian anak umi ini rindukan Yad. tak apalah, esok Aya dah jadi isteri Ziyad. lepas ini bolehlah tengok muka Ziyad itu hari - hari. umi ini dah naik muak tengok muka anak teruna seorang itu.” ujar Puan Aida berbau gurauan.

Bintangku Where stories live. Discover now