023

221 34 13
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ NANTI AWAK balik kuliah pukul berapa?” soal Ziyad. lock kereta dibuka.

“pukul enam lebih macam itu. kenapa?”

“okay, nanti saya datang jemput awak. saya tunggu dekat sini juga. nanti cari kereta saya dekat sini.” pesan Ziyad.

Dayana menggumam kecil. pintu kereta dibuka sebelum berterima kasih kepada lelaki itu. pintu kereta dikatup semula.

namun Dayana masih lagi berdiri disamping kereta Ziyad── menunggu kereta lelaki itu meluncur keluar daripada falkutinya.

hampir seminit Dayana berdiri disitu dan kereta Ziyad masih lagi belum bergerak. Dayana mengerutkan dahinya. apahal Ziyad ini?

tingkap kereta disebelah bahagian penumpang diturunkan. Ziyad mendekatkan sedikit wajahnya dengan tingkap tersebut.

“awak tercegat apa lagi? masuklah dalam bangunan falkuti cepat. saya pandang awak daripada dalam kereta.” ujar Ziyad.

oh, patutlah tak gerak - gerak. tunggu dia masuk ke dalam bangunan falkuti rupanya.

Dayana mengangguk faham. cepat - cepat gadis itu berlari anak kearah bangunan falkuti. sebaik sahaja kakinya tiba dihadapan pintu masuk utama, dia menoleh semula kearah kereta Ziyad.

tinted pada tingkap kereta Ziyad tidaklah terlalu gelap untuk Dayana melihat wajah lelaki itu. Ziyad kelihatan sedang tersenyum kearahnya. tangan besar itu digunakan untuk melambai gadis pujaannya itu.

gadis itu senyum segaris. ditundukkan sedikit badannya sebagai tanda terima kasih sebelum dia berlari masuk ke dalam bangunan falkuti.

sesekali, dia menoleh kearah luar bangunan falkuti. kereta berwarna hitam itu sudah pun meluncur keluar daripada kawasan falkutinya.

senyuman lebar terukir pada wajah Dayana. entah kenapa sikap prihatin Ziyad itu berjaya mengusik hatinya.

dia suka akan keprihatinan Ziyad terhadapnya.

lengan Dayana direntap kasar daripada belakang. terus terdorong tubuh gadis yang sedang berlari itu. seterusnya, dia mencuba untuk mengstabilkan tubuhnya.

gerangan yang menarik lengannya itu dipandang.

Irisy Zhulaiqa!

buk!

laju sahaja bahu gadis berambut paras pinggang itu ditumbuk, “gila ke? aku sikit lagi mahu tendang kau.”

sorry ah, aku cuma penat nak kejar langkah kau. laju sangat berlari.” ujar Irisy.

sebenarnya, dia sudah mengikuti langkah Dayana sejak daripada awal gadis itu masuk ke dalam bangunan falkuti. dia juga sempat melihat kereta milik Ziyad dalam kawasan falkuti itu.

Dayana mencebik. ruas dahi Irisy disentil kasar. ada - ada sahaja perangai gadis kecil itu.

“ya, kalau penat... laung nama aku. macamlah aku ini pekak.”

“kau memang pekak pun.” bidas Irisy pantas.

“wah, penghinaan nampak.”

“eh, aku nak masuk dewan dah ini. nanti balik ini kita berbual lagi.” ujar Irisy. bahu Dayana ditepuk lembut.

Dayana hanya mengangguk. memang sudah masuk musim peperiksaan penggal semester. wajarlah jika kesemuanya tergesa - gesa sekarang.

selepas sahaja bayang Irisy hilang, gadis itu mula menyambung langkahnya.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BARU SAHAJA dia menapak keluar daripada pintu utama falkuti, kereta milik Ziyad sudah pun kelihatan.

Bintangku Donde viven las historias. Descúbrelo ahora