044

194 28 8
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SEBAIK SAHAJA kakinya menjejak lantai satu, Baheera dan Haura sudah pun menunggunya dibawah.

dua orang gadis itu kecil itu mula melangkah terkedek - kedek kearahnya. Baheera memegang tangan kanan Dayana manakala Haura pula memegang tangan kiri.

"lawanya, akak Aya!" petah Haura memuji gadis itu.

"Haura pun cantik jugaa. macam puteri diraja." pucuk hidung Haura, Dayana cuit.

Haura pun tidak kalah comel. mana tidaknya, gadis itu membiarkan rambut separas pinggangnya itu terurai. terdapat ribbon berwarna merah jambu dibelakang kepala gadis itu. Hauru turun mengenakan gaun senada dengan warna ribbon tersebut.

"Baheera pun sama juga." puji Dayana. pipi kanan Baheera dicuit lembut.

geram melihat dua orang gadis kecil itu.

Baheera mengukir senyuman kecil. lesung pipit pada kedua - dua belah pipinya jelas kelihatan. lagilah bertambah cantik gadis itu.

"jadi, tuan puteri berdua ini mahu bawa patik ke mana?" soal Dayana. dihujungnya, gadis itu menyeringai kecil.

"ke pantai!" girang Haura bersuara.

Dayana mengangguk faham. kedua - dua gadis kecil itu mula membuka langkah. Dayana hanya mengikut sahaja langkah kecil Baheera dan Haura.

"ada apa dekat pantai nanti?" sengaja Dayana menyoal.

"ada putera handsome! "

"ada putera katak."

ujar Haura dan Baheera serentak. kedua - dua gadis itu saling bertukar pandangan.

"abang Yad handsome lah! sampai hati akak Baheera kata abang Yad katak." cebik Haura.

Baheera hanya menjelirkan lidahnya. sengaja gadis itu mahu menyakat Haura. dia memang suka menyakat gadis kecil itu.

kalau Haura menangis akibat usikannya, lagi dia bahagia!

kurang daripada lima minit berjalan, mereka akhirnya tiba dipantai yang dimaksudkan oleh Haura dan Baheera.

pantai itu tidaklah terlalu jauh daripada Teratak Madina kerana rumah kebajikan itu didirikan bersebelahan dengan pantai. cuma kawasan pantai disitu agak sunyi kerana jauh daripada aktiviti perlancongan.

Baheera dan Haura melepas pegangannya pada Dayana. gadis itu mula berlari meninggalkan Dayana bersendirian disitu.

cuak habis Dayana ketika itu. berkali - kali Dayana melaungkan nama Haura Baheera tetapi dua orang gadis kecil itu hanya tertawa.

siap pakej lambai pada Dayana lagi.

gadis itu memberanikan diri berjalan kearah pantai tersebut. tidak sampai beberapa langkah gadis itu menapak, bunyi petikan gitar jelas kedengaran.

Dayana menoleh kearah bunyi tersebut. dalam samar - samar sinar bulan, susuk tubuh seseorang jelas kelihatan.

langkah mula diatur kearah lelaki tersebut. dia yakin lelaki itu ialah Ziyad.

langkahnya mati apabila alunan suara seseorang kedengaran. susuk tubuh seseorang yang mula melangkah kearahnya itu dipandang.

"Aku kan bersama mu
Selama diri mu perlu ku
Kan coba, memberi mu bahagia

Jangan pernah kau tanya
Jika ku sayang diri mu
Ku dah pasti, kau yang ada di hati

Walau ribut melanda, kau takkan basah
Kerana aku ada

Bintangku Where stories live. Discover now