026

211 34 8
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ   PERMUKAAN MEJA kaunter diketuk oleh Dayana menggunakan jari - jemarinya. manakala sebelah tangan lagi digunakan untuk menumpang wajahnya.

gadis itu mengeluh kecil. malam itu, dia terpaksa bekerja sendirian lagi. Shazreen lagi - lagi mempunyai hal yang perlu diselesaikan.

jujur, dia agak takut bekerja sendirian malam - malam begitu. bukan takut akan hantu tetapi lebih kepada orang - orang dimalam hari.

malam - malam ini ramai yang mabuk atau mungkin ada yang berniat jahat. dia lebih takut akan manusia berjenis begitu daripada makhluk halus.

ting!

bunyi loceng yang tersangkut diatas pintu masuk kedai itu berbunyi. segera gadis itu menoleh kearah pintu masuk.

kelihatan susuk tubuh seseorang melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. namun disebabkan Dayana tidak mengenakan kacamata, orang itu tidak dapat dilihat dengan jelas.

telefon pintar yang berada diatas kaunter diambil. aplikasi WhatsApp dibuka. roomchat seseorang yang dipin oleh gadis itu, ditenung lama.

hampir seminggu mereka tidak bercakap sejak dia dan Ziyad keluar bersama. bayang Ziyad juga turut tidak kelihatan sepanjang tempoh itu.

lelaki itu langsung tidak mengirim pesan buat Dayana. selalunya, dia rajin mengirimkan pesan buat gadis itu. namun sejak seminggu kebelakangan ini, satu pesan pun tidak ada.

“kau mesejlah Yad dahulu. ego itu cuba turunkan sikit. ini tak, ego itu kalau boleh nak bersaing dengan tinggi badan Ziyad.”

ayat yang dihamburkan oleh Nur itu masih kedengaran jelas pada telinga gadis itu. tipulah kalau dia tidak rindukan peran seorang Ziyad.

itu pun dia dah cukup turunkan ego untuk mengadu pada Nur. iyalah, suami Nur merupakan abang kepada Ziyad. jadi tidak mustahil untuk dia mendapatkan jawapan daripada Nur.

malangnya, Aidan turut tidak mengetahui keberadaan Ziyad. lelaki tinggi lampai itu tidak pulang ke rumah umi seperti biasanya. hampir seminggu juga lelaki itu menghilangkan diri.

Dayana mengeluh. kemana sebenarnya Ziyad menghilangkan diri? patutkah dia menghantar pesanan kepada lelaki itu?

buk!

tin air jatuh keatas permukaan kaunter. pantas gadis itu melihat kearah tin air yang jatuh itu.

“oh, sorry sorry. tangan saya penuh. terlepas pula.” ucap pelanggan itu.

serentak dengan itu, Dayana mengerutkan dahinya. suara lelaki ini sepertinya tidak asing bagi gegendang telinganya.

terus wajahnya diangkat. wajah si pelanggan dipandang. secara tak langsung anak mata mereka saling bertaut.

“Ja?”

Dayana menggelengkan kepalanya. segala jenis barangan yang diletakkan keatas kaunter itu diambil. laju sahaja gadis itu melakukan kerjanya.

Ja, im talking to you.” tegur pelanggan itu lagi.

and im listening to you, Ezham.” datar sahaja gadis itu bersuara.

selesai mengira harga barangan yang dibeli oleh lelaki itu, Dayana segera memasukan barangan tersebut ke dalam beg plastik. kemudian, beg plastik tersebut dihulurkan kepada Ezham.

“RM 35.80”

Ezham mengeluh kecil. lelaki itu menyeluk poket seluarnya lalu menarik keluar dompetnya. sekeping not duit berwarna hijau tua dikeluarkan. duit tersebut dihulurkan kepada Dayana.

Bintangku Where stories live. Discover now