047

171 29 4
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  ❝ LIMA HARI kemudian, ibu meninggal dunia. sebenarnya ibu tahu waktu dia dah tak lama sebab itu dia beria - ia cari saya. ibu kata, sekurang - kurangnya dia dapat jumpa saya dan minta maaf.” cerita Ziyad.

gadis yang elok terbaring beralaskan lengannya itu dipandang.

“dan saya pun dapat berjumpa dengan ibu after 25 years. walaupun seminggu sahaja tempoh masa yang saya ada untuk luangkan masa dengan ibu tetapi itu pun dah lebih daripada cukup.” sambungnya lagi.

terkebil - kebil mata Dayana memandang kearahnya. ruas dahi Ziyad mula berkerut. dah kenapa pula isterinya ini?

“dah kenapa pandang saya macam itu.”

“pelik. sepatutnya kau menangis tetapi kenapa kau senyum?” soal Dayana.

sedangkan dia hampir sahaja menangis mendengarkan Ziyad. masakan lelaki itu boleh tersenyum dan tertawa?

“kenapa nak menangis pula?” soal Ziyad, sama - sama bingung.

“iyalah, cerita kau sedih tetapi kau boleh gelak dan senyum pula.” cebik Dayana. pinggang Ziyad dicuit lembut.

“saya rasa benda itu tak ada sedih mana. malah saya suka sebab dapat jumpa dengan ibu. jadi kuranglah sikit sedih itu.” jelas Ziyad. pucuk hidung Dayana dicuit lembut.

“kalau awak nak menangis, menangis sahajalah. nanti saya peluk.” tambah Ziyad lagi. tidak lupa juga untuk mengernyitkan mata kirinya.

laju sahaja tubuh kekar itu ditolak kasar. hasilnya, tubuh Ziyad selamat mencium lantai marmar itu.

“gatal.” kelutuk si isteri. Dayana mula mengubah posisi. gadis itu duduk bersila diatas katil.

“bukannya berdosa pun gatal dengan awak.” Ziyad mencebik. bantal yang ikut jatuh bersama dengannya tadi dilempar lemah kearah Dayana.

kalau lempar kuat - kuat kang, terbalik pula Dayana itu kebelakang. dah satu hal pula dia kena pujuk isterinya itu.

hujung bibir Dayana terjungkit. sempat - sempat gadis itu menjeling Ziyad yang duduk melunjur dibawah sana.

“jomlah tidur. nanti esok nak balik Kuala Lumpur dah.” ajak Dayana. gadis itu sudah pun siap merebahkan dirinya diatas katil.

ditanggalkan sedikit ruang disampingnya buat Ziyad. namun tidaklah terlalu banyak kerana ukuran katil itu sebesar single bed sahaja.

ruangan kosong itu ditepuk lembut oleh Dayana.

terus terukir senyuman manis pada wajah Ziyad. lelaki bertubuh tinggi itu lekas berdiri. dia melangkah kearah katil. seterusnya, tubuh direbahkan pada ruangan kosong yang masih bersisa itu.

kepala Dayana diangkat lalu diletakkan lengannya sebagai alas kepala gadis itu. sebelah tangannya melingkar pada pinggang gadis itu.

tubuh Dayana ditarik supaya merapat dengannya── mengurangkan penggunaan ruang yang ada.

laju sahaja gadis itu menyembamkan wajahnya pada dada bidang Ziyad. tangan kecil itu turut melingkar pada tubuh Ziyad.

Ziyad terkekeh kecil. rasa macam sedang jaga anak pula. mana tidaknya, lihatlah ukuran tubuh Dayana. kecil sahaja untuk dibandingkan dengan tubuhnya.

ubun - ubun Dayana dikucup ringkas, “cakap jelah awak suka bila kena peluk.” sakat Ziyad.

“bukanlah! aku mana boleh tidur tanpa guling. sudahlah kau tinggalkan Jamal aku dekat rumah. jadi aku terpaksa.” perkataan terpaksa sengaja ditekan oleh Dayana.

walaupun sejujurnya dia memang suka akan pelukan Ziyad tetapi dia terlalu ego untuk mengatakan semua itu.

“iyalah, saya ini siapa aja? second choice agaknya.” gumam Ziyad.

Bintangku Where stories live. Discover now