050

209 31 1
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ KUNCI MOTOR dikeluarkan daripada dalam beg. langkah besar diambil oleh Dayana. Honda Cbr15 itu dihampirinya.

dia baru sahaja selesai berbincang dengan keluarga Hazael perihal Irisy dan lelaki itu.

dan perkara itu menambahkan lagi pusing kepalanya!

iPhone 7 plus pemberian Ziyad itu dikeluarkan. nombor seseorang didail.

"kau dekat mana?" tak ada muqhadimah tak ada apa, Dayana terus sahaja bertanya pada peran yang berada disebelah sana.

"baharu habis kerja. kenapa kau? salam tak ada, hai pun tak ada. main terobos aja."

"maaplah. aku nak cepat ini. boleh tak teman aku pergi cari hadiah? sekalian aku ada benda mahu beritahu kau." soal Dayana.

"boleh. nak jumpa dekat mana ini?" soal Dianah.

"Pavilion. kejap lagi aku sampai. aku baru keluar daripada rumah keluarga Hazael." ujar Dayana.

"berehh. jumpa dekat sana nanti."

talian diputuskan oleh Dianah. terus telefon pintarnya dimasukan semula ke dalam beg. beg berwarna hitam itu disandang kebelakang.

sebaik sahaja motornya dihidupkan. gadis itu melangkah naik keatas motor. selepas sahaja minyak motor panas, motor berwarna hitam itu mula meluncur keluar daripada taman perumah mewah itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

TEFAK WEH? sumpahlah family dia pun tak tahu mana perginya Hazael itu?" soal Dianah. membulat mata gadis itu akibat tidak percaya.

"betulah, mak Hazael itu sendiri yang beritahu aku. mereka ada cuba hubungi Hazael tetapi nombor telefon lelaki itu mati. tukar nombor baharu agaknya." cerita Dayana.

"Hazael itu kalau aku dapat── memanglah. ada hati betul dia tinggalkan Irisy macam itu sahaja. sudahlah tak lama lagi majlis kahwin diorang." gumam Dianah, geram.

"betul. aku ganyang nanti tahulah dia langit tinggi ke rendah." tambah Dayana pula. dia bersetuju dengan Dianah.

kedua - dua orang gadis itu meneruskan perjalanan mereka. langkah Dayana mati dihadapan sebuah kedai perhiasan. lengan Dianah ditarik supaya mengikuti langkahnya.

gadis itu melangkah masuk ke dalam kedai perhiasan tersebut.

"aku rasa, aku dah tahu dah hadiah apa yang aku mahu beri pada Ziyad." gumam Dayana.

"kau nak beli apa?"

"cincin. dia itu cincin kahwin pun tak ada." jujur Dayana.

waktu majlis kahwinnya 11 bulan lepas, dia tidak dapat membelikan lelaki itu sebentuk cincin. semuanya kerana masalah kewangan.

Dianah hanya mengikuti sahaja sahabatnya itu. gadis itu duduk diatas sebuah kerusi yang disediakan dihadapan meja pameran.

matanya mula meliar melihat reka bentuk yang disediakan. gadis itu jadi rambang mata. semuanya cantik - cantik!

"kau rasa style yang macam mana sesuai dengan Jie?" soal Dayana kepada Dianah. matanya tidak lepas daripada melihat reka bentuk yang ada.

"aku pun kurang tahu. dahulu waktu aku teman kakak aku cari cincin kahwin untuk suami dia, aku duduk diam sahaja sebelah dia."

anak mata coklat terang milik Dianah turut melekat pada meja pameran itu. gadis itu sama - sama menilik segala jenis rekaan yang ada.

jari telunjuknya digerakan kearah sebentuk cincin, "cuba kau tengok yang itu. rekaan dia nampak minimalist."

Bintangku Where stories live. Discover now