032

235 32 23
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  KUNCI MOTOR yang tergantung elok pada tempat khas kunci itu diambil. belum sempat tombol pintu dipulas, suara Ziyad terlebih dahulu menerjah telinga.

Dayana memusingkan tubuhnya. lelaki yang berdiri tidak jauh daripadanya itu dipandang.

“nak ke mana?” soal Ziyad. jam di dinding, dia kerling.

“kerja.”

“tak perlulah. lepas ini awak berhenti sahaja kerja.” tegas Ziyad. pergelangan tangan Dayana ditarik supaya mengikuti langkahnya.

tubuh kecil itu ditolak lembut kearah sofa. kemudian, ruang kosong yang berada disamping Dayana menjadi tempat lelaki itu berlabuh.

“kalau awak nak apa - apa atau ada kehendak, beritahu saya. saya boleh belikan atau tunaikan. tak perlulah buat kerja sambilan lagi.”

Dayana menggumam perlahan. sebenarnya dia segan mahu meminta pada Ziyad. tak kisahlah suami ke keluarga ke, dia tetap segan mahu meminta.

“aku tak mahu menyusahkan kau. aku boleh belanja sendiri.” cantas Dayana.

“bintang....” kedua - dua belah bahu Dayana dipegang lembut oleh Ziyad. tubuh si isteri dipusingkan supaya menghadap kearahnya.

pandangan redup diberikan kepada si gadis.

“berhenti berlagak kuat, bintang. mungkin dahulu mama dengan papa tuntut awak untuk jadi sempurna sehinggakan awak perlu kelihatan serba boleh dihadapan semua orang.”

“tetapi bintang... sekarang awak ada dengan saya. berhentilah berlakon dan berlagak kuat bila berada dekat dengan saya. jadilah diri awak sendiri. bergantung pada saya, mengadu, bercerita dan bergurau senda dengan saya.”

“saya suka bila awak bersikap manja dan mengada. that's mean awak selesa berada disekitar saya.” ucap Ziyad panjang lebar.

wajah Dayana yang berada dihadapannya ditatap terus. tiada sebarang reaksi daripada wajah gadis itu. seketika kemudian, wajahnya dilagutkan.

gadis itu memberanikan diri untuk bertentang mata dengan Ziyad, “aku perlukan sedikit masa untuk selesa bercerita. aku──”

Dayana jeda. kepalanya ditundukkan. entah kenapa ayat yang ingin diungkapkan seterusnya terasa berat.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

“dia pernah ungkapkan perasaan suka pada awak?” soal Nuha.

Dayana menggelengkan kepalanya. sontak dengan itu, sepasang mata kecil itu membulat. dia faham akan makna disebalik ayat Nuha itu.

“dia── tak akanlah...”

“sekarang fahamkan maksud saya? dia tak pernah sukakan awak. oleh sebab itu, dia tak pernah ungkapkan perasaan dia pada awak. dia cuma cemburu lihat kawan - kawan dia ada pasangan sedangkan dia masih lagi tiada pasangan.” jelas Nuha. sedikit pun tiada rasa bersalah pada wajah gadis cantik itu ketika menuturkan ayatnya.

“oleh sebab itu juga dia tak suka dengarkan awak. saya tahu awak ada pelbagai cerita yang mahu diceritakan kepada Ezham tetapi dia tak mahu dengar, kan?”

Dayana hanya diam. walaupun daripada mula dia sudah mengagak semua ini bakal berlaku tetapi dia tidak menyangka semuanya bakal berlaku secepat ini.

“dia juga ada mengadu pada saya tentang penampilan awak. awak gemuk dan kulit awak gelap. katanya, tak cantik.” tambah Nuha lagi.

lagi - lagi hatinya terasa seperti dicarik - carik. sakit mendengarkan semua kebenaran yang keluar daripada ulas bibir Nuha.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

Bintangku Where stories live. Discover now