017

215 31 10
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ KALI INI, dia memilih untuk mengambil angin ditaman permainan yang agak jauh daripada kawasan perumahan Puan Khalijah.

dia tidak mahu sesiapa pun menjumpainya disitu. dia mahu menyendiri.

anak mata Dayana turun memandang kearah kakinya. Converse berwarna hitam berbelang putih itu sudah bertukar warna.

pada belang putih, warnanya sudah bertukar merah. dia tidak perasan bila masa dia memijak serpihan kaca yang berselerak di dapur tadi.

kakinya terasa pedih. namun rasa itu diabaikan sahaja. lagian pula, sewaktu dia keluar daripada rumah tadi, dia sempat singgah ke koperasi kampung.

nasib sahaja koperasi itu menjual larutan iodine dan bandage. tidaklah dia perlu keluar ke pekan untuk mencari kedua barang tersebut.

kakinya diangkat naik keatas pondok. telefon pintar keluarkan lalu lampu suluh belakang dihidupkan. tangan kiri memegang telefon pintar mana kala sebelah tangan lagi digunakan untuk membuka kasutnya.

selesai membuka kasut kanan, dia berdesis kecil. perih rasanya apabila material kasut itu bergesel dengan lukanya.

nak menangis rasanya.

telefon pintarnya disandarkan pada tiang astaka. seterusnya, gadis itu membelek telapak kakinya yang luka itu.

ada serpihan kaca yang tertinggal di dalam kulit kakinya. dia mahu menarik serpihan itu keluar tetapi tangannya kotor. bila difikirkan semula, bakal terkena jangkitan jika dia berbuat sedemikian.

dia mengeluh. kalau mahu berjalan kearah motor dan patah semula ke koperasi, kakinya sudah terlanjur sakit.

mahu menyarung semula kasut, sudah tentu jauh lebih sakit.

bunyi derapan tapak kaki pada rimbunan rumput kedengaran. sontak gadis itu menoleh kearah sekitar taman permainan itu.

namum dek kerana suasana malam yang gelap, dia tidak dapat melihat kawasan sekeliling dengan baik. tambahan pula dia separuh buta.

entah macam mana dia boleh terlupa untuk mengambil cermin mata terlebih dahulu sebelum menunggang motorsikal. nasib sahaja tiada perkara buruk yang berlaku kepadanya lagi.

Dayana kembali diam. dia malas mahu mengambil tahu tentang bunyi derapan tapak kaki itu. barangkali hanya kucing atau lembu Pak Samad yang terlepas.

"got you. dekat sini rupanya awak, bintang."

gadis itu mengerutkan dahinya. sejak bila lembu Pak Samad reti bercakap ini?

"bintang, turn around."

alamak, ini bukan suara lembu Pak Samad. ini suara Ziyad. lagian pula, sejak bila lumrah seekor lembu boleh bercakap?

Dayana memusingkan kepalanya. susuk tubuh tinggi lampai sudah pun berada dibelakang astaka itu.

walaupun keadaan taman permainan itu malap akibat tiada pencahayaan, dia masih boleh melihat senyuman manis lelaki itu.

"macam mana kau boleh jumpa aku?" datar sahaja Dayana bertutur.

sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk bersua muka dengan Ziyad. niatnya keluar daripada rumah itu adalah untuk melarikan diri daripada Ziyad dan bukanlah mama atau papa.

"saya minta tolong pakcik guard yang jaga pintu masuk Felcra itu. maklumlah, saya bukannya tahu menahu jalan dekat sini. kalau sesat karang, satu masalah pula." seloroh Ziyad.

lelaki itu berjalan kearah tangga astaka. seterusnya, dia duduk bersila bersebelahan dengan Dayana.

lampu suluh belakang yang berasal daripada telefon pintar milik Dayana itu dipandang. kemudian, anak matanya beralih pula kearah telapak kaki Dayana── dimana alur lampu suluh itu terarah.

Bintangku Where stories live. Discover now