012

221 35 11
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  KELUHAN KECIL terbit daripada bibir lelaki itu. pintu kedai ditolak lalu dia melangkah keluar daripada kedai tersebut.

telefon pintar yang berada di dalam poket dikeluarkan. nombor Dayana dicari lalu di dail.

“ya?”

Ziyad mengukir senyuman kecil apabila talian berjaya disambungkan.

“awak dekat mana?” soal Ziyad. walaupun dia tahu Dayana sudah pun selamat sampai ke Negeri Sembilan.

itu pun hasil selepas dia mengorek rahsia daripada rakan sekerja Dayana.

“kampung. kenapa kau tanya?” datar sahaja gadis itu menjawab. malas barangkali.

send saya alamat.”

“kau dah kenapa nak alamat rumah uwan pula? kalau ya pun rindu, tunggulah lagi dua minggu.” selamba sahaja Dayana menuturkan ayatnya. dia juga berniat mahu menyakat Ziyad.

“dua minggu itu lama, bintang.” kali ini nada suara Ziyad memberat. keluhan kecil juga turut dilepaskan.

“check WhatsApp.” tutur Dayana sebelum gadis itu menamatkan panggilan telefon.

seraya dengan itu, Ziyad terus membuka aplikasi berwarna hijau itu. satu pesan daripada Dayana masuk.

senyuman kecil terukir pada wajah lelaki itu. Dayana benar - benar menghantar lokasi rumah uwannya.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

TELEFON PINTAR pemberian Ziyad itu dilemparkan keatas katil. tempo jantungnya mula berantakan.

bahkan wajahnya turut membahang sama.

“kau dah kenapa nak alamat rumah uwan pula? kalau ya pun rindu, tunggulah lagi dua minggu.”

“dua minggu itu lama, bintang.”

terus rambut pendeknya itu diserabaikan. niatnya mahu menyakat Ziyad tetapi nampak gayanya seperti dia masuk ke dalam serkap sendiri sahaja.

ah, malu!

he called me, bintang? did he just called me, bintang? getus hati Dayana.

cepat - cepat gadis itu membuang segala bayangan yang berkait rapat dengan Ziyad. sungguh hanya Allah sahaja tahu betapa malunya dia.

sesekali, layar telefon dikerling. manalah tahu pesan daripada Ziyad tiba - tiba muncul pula.

“ah, tak akanlah dia mahu ke Jelebu? ini pun sudah hampir pukul 10 malam.” monolog Dayana.

lagipun, dia sengaja sahaja menghantar lokasi rumah uwan. dia tahu, mustahil untuk Ziyad datang ke sini. tambahan pula hari sudah lewat dan jalan ke Jelebu bukannya ada lampu jalan.

pintu bilik dibuka lalu dia melangkah keluar. kaki diatur laju kearah dapur.

uwan, kakak malu!

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SATU SIMPANG yang berada disebelah kanan diambil oleh Ziyad. lelaki itu mengeluh kecil.

Bintangku Where stories live. Discover now