002

339 41 17
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ KERETA BERJENAMA Honda Civic itu diletak bersebelahan dengan sebuah motor berkuasa tinggi.

Ziyad membuka pintu dibahagian pemandu lalu dia melangkah keluar daripada kereta tersebut. lama motor berjenama Honda Cbr15 itu dipandangnya.

macam pernah nampak tetapi kat mana ya? detik hati Ziyad.

lelaki itu mencebik. bahunya turut dijungkitkan tanda, 'lantaklah'. kaki terus sahaja berjalan masuk ke dalam kawasan perumahan.

sepasang kasut Sneakers ditanggalkan lalu diletakkan bersebelahan dengan kasut berjama Converse yang sudah sedia tersusun pada rak kasut itu. dengan memberi salam perlahan, Ziyad melangkah masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu.

senyumannya terus mekar apabila susuk Puan Aida kelihatan. laju sahaja kaki melangkah kearah wanita paruh baya itu.

Ziyad menepuk lembut bahu si ibu sebelum mengambil tempat bersebelahan dengan ibunya. tangan dihulurkan lalu disambut oleh Puan Aida.

"lambat sampai, Yad? jammed ke?" soal Puan Aida.

"tak adalah, umi. tadi Yad ke PPUM. abang Haiqhaf ada kirim barang untuk abang Aidan. katanya tak dapat datang rewang malam ini." jelas Aidan.

"dari PPUM juga kamu, Yad? si Aya tadi pun daripada PPUM juga. ada apa dekat sana?" sampuk Puan Iftah.

"tak ada apa - apa pun, makcik. tadi kebetulan satu jalan daripada sekolah Menengah. jadi abang Haiqhaf mintalah Yad ambil hadiah."

"oh, faham. ha, Yad! pergilah berehat dahulu. nanti makcik suruh Nur sediakan bilik──"

"eh, tak apalah makcik. saya datang ini sebab nak tolong makcik. nanti - nanti ajalah makcik suruh anak makcik sediakan bilik untuk saya." tolak Ziyad.

segan pula apabila keluarga bakal menantu abangnya itu bersikap sedemikian. dia mahu datang membantu dan bukanlah datang berehat.

kalau macam itu, baik dia berehat dekat rumah aja.

"tak apalah kalau begitu, meh makcik tunjukan bilik tetamu. tetapi nanti kamu tidur dengan umi, Aidan dan abah kamulah ya?"

"tak apalah, makcik. dapat tidur pun saya dah bersyukur." lagi - lagi Ziyad berasa segan.

Puan Iftah terkekeh perlahan. dia meminta diri terlebih dahulu sebelum membawa Ziyad kearah bilik tetamu.

bilik tetamu tersebut berada di dapur. tidaklah terlalu jauh daripada ruang tamu. di dalamnya juga terdapat sebuah bilik air.

"Yad letaklah barang - barang dahulu. nanti dah selesai, bolehlah berehat." pelawa Puan Iftah.

Ziyad mengangguk kecil. selepas sahaja Puan Iftah melangkah meninggalkan dia berseorangan disitu, Ziyad terus melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. seterusnya pintu dikatup rapat.

beg sandang dan dua buah beg kertas diletakkan pada tepi dinding. kemudian, Ziyad duduk bersila bersebelahan dengan barang - barangnya itu.

telefon pintar yang berada dalam poketnya dikeluarkan. melihat tiada apa - apa pesanan masuk, Ziyad kembali menyimpan telefon pintarnya.

kemudian, poket sebelah lagi diraba. sebuah lagi telefon pintar dibawa keluar daripada poketnya itu.

telefon pintar si perlaku langgar lari di PPUM beberapa jam lepas.

Ziyad tersenyum kecil. entah telefon pintar siapalah itu. pasti tuannya sedang sibuk mencari telefon tersebut.

esok sahajalah dia memulangkan telefon ini pada pihak Universiti Malaysia. dia mahu menghantar telefon ini ke kedai terlebih dahulu supaya sistemnya dapat dibetulkan.

Bintangku Where stories live. Discover now