025

248 35 15
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  ❝ AWAK NAK aiskrim?” soal Ziyad. langkahnya mati sebaik sahaja tiba dihadapan kedai aiskrim berwarna hijau.

Dayana menggelengkan kepalanya, “tak mahulah. kalau kau nak, pergilah beli. aku tunggu.”

Ziyad mengecilkan matanya. wajah Dayana dipandang dalam. wajah tidak percaya dipasang.

“betul ini tak nak?” soal Ziyad sekali lagi dan Dayana mengangguk yakin.

dia sudah terlalu banyak menyusahkan Ziyad hari ini. bermula daripada tempahan baju kahwin hingga keseluruhan barangan kahwin.

bukannya dia tidak mahu bantu, cuma Ziyad yang berkeras tidak benarkan gadis itu mengeluarkan duitnya. katanya, Dayana masih belajar jadi lebih baik simpan duit itu untuk kegunaan kuliah.

“kalau macam itu... awak duduk dekat bangku sana dahulu. nanti saya datang.” arah Ziyad.

gadis itu mengangguk. tidak perlu mengambil masa yang lama, dia melangkah kearah bangku yang berada tidak jauh daripada kedai llaollao itu.

susuk tubuh Ziyad yang sedang beratur itu dipandang. keluhan kecil terbit daripada ulas bibir gadis itu.

telefon pintarnya dikeluarkan daripada dalam poket seluar. aplikasi kamera dibuka lalu diarahkan telefon itu tepat pada susuk tubuh Ziyad.

butang putih yang berada dibawah aplikasi itu ditekan.

snap!

satu gambar berjaya ditangkap oleh Dayana. seterusnya, dia mengambil beberapa lagi gambar itu dengan telefon pintar pemberian Ziyad itu.

senyuman kecil terukir pada wajah gadis berambut pendek itu. telefon pintarnya kembali dimasukan ke dalam poket seluar.

dia kembali memerhati gerak - geri Ziyad daripada bangku itu. entah kenapa bila dia berada dekat Ziyad, dirinya berasa jauh lebih selamat.

rasanya seperti mahu sentiasa berada dekat dengan lelaki itu. jejaka itu seolah - olah tempat yang paling selamat Dayana pernah tahu── selepas uwan dan atuk.

selang beberapa minit, lelaki itu memusingkan tubuhnya. Dayana memandang tepat kearah wajah si jejaka. senyuman kecil dikuntumkan buat Ziyad.

lelaki bertubuh tinggi lampai itu berjalan menghampiri Dayana bersama dengan beberapa buah beg kertas pada tangan kiri dan secawan aiskrim pada tangan kanan.

setiba sahaja dihadapan Dayana, secawan aiskrim itu dihulurkan pada gadis tersebut. Dayana hanya diam, menyambut sahaja huluran Ziyad.

mungkin tangan dia pegal sebab pegang banyak barang. getus Dayana.

aiskrim yang berada dalam tangannya itu dipandang lama. tiba - tiba sahaja aiskrim sejenis yogurt itu kelihatan menggoda. patut ke dia makan sahaja aiskrim itu?

tetapi aiskrim ini kepunyaan Ziyad. spontan Dayana mencebik. itulah, jual mahal lagi.

kekehan halus menyapa gegendang telinga Dayana. gadis itu melagutkan kepalanya bagi melihat Ziyad. jelas, lelaki itu sedang terkekeh kecil.

“itulah, saya offer tadi... tak nak.” ujar Ziyad.

aiskrim tersebut kembali dihulurkan semula kepada Ziyad. sekali lagi Dayana mencebik tidak puas hati, “memang aku tak mahu pun.”

Ziyad menggeleng perlahan. sisa tawa lelaki itu masih ada. seterusnya, huluran Dayana ditolak lembut.

“makanlah, saya memang belikan untuk awak. macamlah saya tak kenal perangai Dayana Zhalifah ini.” ujar Ziyad bersama sisa tawanya.

Bintangku Donde viven las historias. Descúbrelo ahora