001

501 49 18
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ LAMBAT! DIA sudah lambat!

macam mana dia boleh terlebih masa berada dikawasan Pusat Perubatan Universiti Malaya? walhal dia sudah berjanji dengan Nur untuk datang ke malam merewang majlis kahwin rakannya itu.

buk!

sedang asik gadis itu berlari, tubuhnya berlaga dengan seseorang yang kebetulan lalu dikawasan lobi PPUM itu.

skrek.

lututnya bergeser dengan lantai mamar itu. sungguh perih rasanya. tanpa menoleh kearah belakang, gadis itu kembali bangun lalu meneruskan lariannya.

ah, lantaklah apa pun nak jadi! yang dia tahu, dia sudah lambat sekarang ini.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

DISEBELAH LAINNYA pula, seorang jejaka bertubuh tinggi lampai sedang berlari masuk ke dalam bangunan PPUM.

dia perlu berjumpa dengan seseorang dalam kadar yang segera. selepas itu, dia ada urusan lain yang perlu diuruskan pula.

buk!

tubuhnya berlaga dengan seseorang. Ziyad menggunakan kedua - dua belah tangannya bagi menumpang diri daripada terjatuh.

paling penting sekali, dia perlu memastikan wajahnya tidak mencuim lantai.

Ziyad menoleh kearah belakang. belum sempat lelaki itu membuka mulut, gerangan yang dilanggarnya sebentar tadi sudah pun bangun dan melarikan diri.

dia menggelengkan kepalanya sebelum bangun. baju kemejanya dikibas beberapa kali bagi membersihkan habuk yang melekat.

lelaki bertubuh tinggi lampai itu menyambung semula langkahnya. namun langkahnya mati apabila hujung kasutnya berlaga dengan sesuatu.

terus dia menundukkan wajahnya. sebuah objek berbentuk segi empat tepat itu dipandang bingung. seterusnya, objek tersebut diambil oleh Ziyad.

dia menilik telefon pintar yang berada dalam pegangannya itu. retak habis keadaan phone tersebut. butang hidup, ditekan.

“aduhai, tak menyala pula.” gumam Ziyad.

berkali - kali butang on ditekan namun hasilnya tetap sama. telefon pintar itu tetap tidak dapat dihidupkan.

“Ziyad Nufa'el!”

spontan Ziyad mengangkat wajahnya. susuk tubuh seseorang yang sedang berlari kearahnya itu diamati.

telefon pintar yang dipegangnya tadi terus dimasukan ke dalam poket seluarnya.

“kau termenung apa? kau tahu tak berapa lama abang tunggu kau dalam pejabat?” bebel lelaki bertubuh sederhana tinggi itu.

“ah, tadi Yad ada kerja dekat sekolah. tiba - tiba pengetua suruh bawa balik semua kertas ujian. katanya ada pembersihan bilik guru tetapi entahlah.”

lelaki itu menggelengkan kepalanya. ada - ada sahaja alasan si Ziyad ini.

“maaflah kalau Yad buat abang Haiqhaf lama menunggu.” ujar Ziyad lagi. kali ini disertai dengan kekehan kecil dibelakangnya.

“tak apalah, aku maafkan. tetapi ingat── esok belanja aku Apacaba Coffee.”

Ziyad mengangkat tangan kanannya lalu dibawa ke dahi. seolah - olah lelaki itu sedang memberi tabik hormat kepada Dean Haiqhaf.

“baik, Sir!”

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ YA ALLAH, Aya! lamanya kau menghilangkan dirii.”

Bintangku Where stories live. Discover now