046

180 28 10
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  ❝ JADI KAMU berdua ini mahu ke Teratak Madina?” soal wanita itu.

serentak Ziyad dan Raiz mengangguk.

“oh, kalau macam itu esok makcik boleh tunjukan jalan.”

“terima kasih, makcik. boleh saya tahu dekat mana hotel yang terdekat? kami berdua mahu menginap untuk malam ini.” soal Raiz.

“tak perlulah. kamu menginap dekat rumah makcik sahaja. nanti makcik sediakan bilik untuk kamu berdua.” pelawa wanita berambut paras pinggang itu.

“tak menyusahkan makcik ke?” soal Raiz lagi.

“tak adalah. makcik dah lama tak didatangi tetamu macam ini. anak berdua ini nama apa?”

“Raiz Imanuel, makcik. boleh panggil Raiz sahaja.” ujar Raiz. lelaki itu mengukir senyuman kecil buat wanita paruh baya itu.

“lawa betul nama. yang sebelah ini namanya apa?”

“Ziyad tetapi makcik boleh panggil Yad aja.” jawab Ziyad. segaris senyuman terukir pada wajah lelaki itu.

air muka wanita paruh baya itu berubah. senyuman yang merekah tadi mulai mengendur.

“umur kamu berapa?” soal wanita itu.

“tahun ini 25 tahun.”

lagi - lagi air muka wanita itu berubah. wajah Ziyad ditatap tidak percaya.

“nama makcik pula apa?” soal Ziyad. sahaja mahu memastikan sesuatu.

“An - Nisa.”

Ziyad menguntumkan senyuman buat wanita bernama An - Nisa itu, “cantiknya nama, makcik. sama macam tuannya.”

pap!

bahu Ziyad dipukul oleh Raiz. lelaki itu menjenggilkan matanya pada Ziyad.

dengan orang tua pun dia mahu menggatal. kelutuk hati Raiz.

“Yad ini memang gatal sikit, makcik. jangan dilayankan sangat dia ini. nanti makin menjadi - jadi gatal dia.” sarkastik Raiz menuturkan ayatnya.

“tak apalah. eh, janganlah panggil makcik. panggil ibu.”

Raiz dan Ziyad saling bertukar pandangan. senyuman manis terukir pada Ziyad, “baik, ibu.”

“bila tengok kamu berdua ini, ibu jadi teringat dekat anak ibu.” gumam Nisa. helaian kain terakhir dilipat lalu ditolak ke tepi.

“kalau Iz boleh tahu, siapa nama anak ibu itu?” Raiz menyoal.

segaris senyuman terukir pada wajah si wanita, “Ziyad Nufa'el.” sebaris nama itu dituturkan perlahan.

“mana anak ibu itu sekarang?” soal Raiz lagi.

”entahlah, ibu pun tak tahu. sebenarnya ibu berdosa dengan anak lelaki itu ibu itu. kalaulah suatu hari nanti Allah kabulkan doa ibu untuk berjumpa dengan dia... ibu nak minta maaf pada dia.” luah wanita paruh baya itu.

senyuman hampa menghiasi wajah wanita itu. dia mengeluh kecil. riak kesal sungguh kelihatan diwajahnya.

ibu... Allah dah kabulkan doa ibu. bisik hati kecil itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

KERETA BERJENAMA Honda Civic itu berhenti dihadapan sebuah banglo mewah dua tingkat. mereka akhirnya tiba ke destinasi awal mereka.

“dekat sinilah Teratak Madina itu. Yad cari nak cari siapa dekat sini?” soal Nisa.

Bintangku Where stories live. Discover now