EPILOGUE

338 30 7
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  KERETA BERJENAMA Honda itu berhenti dihadapan sebuah rumah yang tidak pernah dilihat oleh Dayana sebelum ini.

sedarinya, ketika memasuki ke dalam kawasan perumahan itu, terdapat sebuah pondok pengawal yang menjaga keluar masuk kenderaan dalam taman perumahan tersebut.

“ini rumah siapa?” soal Dayana bingung.

Ziyad hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. namun terdapat goresan senyuman pada wajah lelaki itu.

senyuman penuh makna.

gadis bertudung putih mendengus kecil. sebenarnya Ziyad pasti tahu itu rumah siapa. cuma lelaki itu mahu berahsia terlebih dahulu.

pintu kereta, Ziyad buka. lelaki itu meminta Dayana duduk dalam kereta. biarkan lelaki itu yang membukakan pintu kereta buat Dayana.

selesai membukakan pintu buat tuan puteri, Ziyad kembali menutup pintu keretanya.

“pergilah tengok board itu tulis apa.” ujar Ziyad.

Dayana tidak membantah. langkah diatur kearah papan yang melekat elok pada dinding disebelah pagar. sebaris ayat itu dibaca perlahan.

spontan Dayana memusingkan tubuhnya menghadap Ziyad. wajah gadis itu jelas kelihatan seperti tidak percaya.

“selamat ulang tahun, bintangku. terima kasih untuk bertahan dengan saya sampai ke hari ini. berjanjilah untuk selalu ada dengan saya untuk hari ini, esok dan selamanya.” ucap Ziyad. senyuman lebar dikuntumkan buat Dayana.

“Jieee.” suara gadis itu meleret.

‘Dr. Dayana's merupakan perkataan yang tertera pada papan yang Ziyad pinta gadis itu baca.

“iyaa, bintangg.” suara lelaki itu sama - sama meleret. suka melihat reaksi isterinya itu.

“tak perlulah sampai hadiahkan rumah pada saya. kalau awak belikan benda yang simple pun saya dah cukup bersyukur dah.”

“tak apalah. lagipun kan saya dah cakap, saya nak beli landed house. awak lupa ke?”

“ingat itu, memanglah ingat. tetapi perlu ke letak atas nama saya?” soal Dayana. gadis itu sepertinya mahu menangis.

“perlulah! biar perempuan lain tak berani nak ngorat saya. kalau diorang ngorat saya, nanti saya cakaplah saya tak ada harta. isteri saya sahaja yang ada harta.” selamba sahaja Ziyad berseloroh.

lelaki itu turut menghamburkan tawanya. sang isteri ditarik ke dalam dakapannya.

“terima kasih, Jie. saya tak tahulah nak cakap apa lagi dah.” ucap gadis itu, ikhlas.

sungguh dia tidak menyangkakan perkara ini.

“tak akan terima kasih sahaja? kisses tak ada?” sakat Ziyad.

kalau sebelum ini, Dayana sering mengelat untuk mendengarkan permintaan Ziyad tetapi hari ini, dia menunaikan permintaan suaminya itu.

Dayana menjengkit sedikit. pipi Ziyad dikucup ringkas. kemudian, gadis itu tertawa kecil, “kiss sahaja. kisses tak boleh.”

Ziyad termangu. matanya dikerdipkan berkali - kali. tiba - tiba sahaja bahang panas menerjah wajah tampan itu. perlahan - lahan wajah Ziyad berubah merah.

pinggang gadis itu, Ziyad cubit lembut, “ouh, orang bagi rumah sebiji baru nak kiss ek?”

gadis itu menghamburkan tawa. sekali lagi hujung kakinya dijengkitkan. kedua - dua belah tangannya diletakkan keatas bahu Ziyad. sebelah lagi pipi Ziyad dikucup lembut.

Bintangku Where stories live. Discover now