005

294 34 61
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ CUBA TENGOK cermin. lawa tak?” soal Nur seraya menghalakan cermin kearah Dayana.

gadis itu terdiam. tidak tahu ingin memberi reaksi bagaimana. jujur, solekan pada wajahnya kelihatan cantik dan menarik. walaupun tidaklah secantik Nur tetapi masih kelihat ringkas dan menawan.

“cantik.” ikhlas Dayana menuturkan ayatnya.

“kalau orangnya cantik, pakai apa pun cantik!” girang Nur memuji sahabatnya itu.

“okay, jom pakai tudung!” Nur bersuara lagi.

kini gadis itu berjalan kearah papan seterika. sehelai tudung berwarna dark blue itu diambil lalu dibawa kearah katil.

Nur melipat bawal tersebut menjadi bentuk segi tiga sebelum dibawa keatas kepala Dayana. selang beberapa minit, Nur berjaya menggayakan bawal tersebut.

“waktu akad nikah ini kau pakai warna biru. nanti sanding waktu malam, warna grey pula.” ujar Nur.

bahu Dayana ditepuk lembut. dia agak berpuas hati dengan gaya tudung gadis dihadapannya itu.

“cantiknya, Aya!” girang gadis itu bersuara. tubuh Dayana didakap erat.

sorry sebab tak boleh suruh mak andam itu solekan kau. tak tahu pula kena tambah harga lain.” tutur Nur kesal.

“tak apalah. aku rasa lagi beruntung bila kau yang solekan muka aku. lagi lawa tahu?”

Nur menjarakan diri mereka kembali. senyuman lebar diukir buat sahabatnya itu, “aku takutlah, Aya.”

“tak payah kahwin. kau batalkan aja majlis hari ini.”

“Aya!” bahu Dayana dipukul kasar. geram dengan sikap selamba Dayana itu.

“gurau ajalah. aku nak turun dahulu. 2 minit lepas itu, kau menyusul ya?”

Nur mengangguk faham. Dayana menolak sedikit tubuh Nur ketepi supaya dia lebih mudah untuk bangun.

seterusnya, Dayana melangkah kearah pintu bilik. ditarik perlahan pintu bilik tersebut lalu dia melangkah keluar.

sebaik sahaja keluar daripada bilik Nur, bunyi riuh - rendah daripada ruang tamu mula kedengaran.

entah kenapa dia pula yang terasa gugup. seperti dia pula yang mahu berkahwin hari ini.

“kak Iman ada dekat dalam?”

Dayana tersentak. wajah dua orang gadis yang cantik berbaju biru muda itu dipandangnya. Imani dan Amani.

“Nur ada dekat dalam. dia suruh akak turun dahulu. nanti baharu dia menyusul.” jawab Dayana.

“okay, akak Aya turunlah dahulu. nanti Imani dengan Amani iring kak Iman.”

anyways, akak Aya nampak cantik hari ini.” ujar Amani.

Dayana mengangguk. sempat lagi dia mengusap kepala kedua - dua adik kembar Nur itu sebelum dia melangkah turun.

“Amani dan Imani pun cantik juga. macam tuan puteri.” puji Dayana.

seterusnya, langkahnya untuk menuruni anak tangga disambung.

Dayana gugup. baharu separuh jalan menuruni anak tangga, kesemua mata yang berada didalam rumah itu sudah pun tertumpu padanya.

alahai, tiba - tiba lemah lutut pula rasanya.

anak matanya terus bertaut dengan anak mata milik Ziyad. entah kenapa dalam ramai - ramai manusia yang memandang kearahnya itu, matanya lebih memilih untuk bertembung dengan Ziyad.

Bintangku Where stories live. Discover now