016

220 33 12
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SENYUMAN KECIL tidak lekang daripada wajah Dayana. hati kecilnya berbunga - bunga sejak pagi tadi.

setidaknya, dia tidak perlu bersedih kerana mama lagi.

“hai, bintang. buat apa dekat luar ini?” tegur satu suara.

tidak perlu disangkal lagi. tiada siapa pun yang pernah memanggilnya bintang melainkan Ziyad. Dayana mengangkat wajahnya. Ziyad yang berdiri dihadapannya itu dipandang.

“usha cucu uwan Kalsom. cucu dia yang lelaki itu handsome.”

walaupun gadis itu tampak bergurau, namun dia tetap memanjangkan lehernya kearah rumah Puan Kalsom.

dia pun kurang pasti sama ada cucu lelaki Puan
Kalsom itu balik atau tidak. selalunya apabila dia balik Lakai, ada sahaja cucu Puan Kalsom itu.

“ouhlah, handsome sangat ke dia? cuba bagi saya pula yang usha. mana tahu berkenan dihati. boleh suruh umi masuk minang dia── aduh!”

sebatang pen dibaling tepat mengenai dada Ziyad. spontan lelaki itu memegang dada kirinya. tidak sakit tetapi lebih kepada terkejut.

“banyaklah. kalau umi tahu, silap - silap masak kau kena gulai dengan dia.” cebik Dayana.

“kemain melambung lagi awak puji dia. saya pun teringinlah nak tengok pujaan hati awak itu.” gumam Ziyad. lelaki itu mencebik.

mahu bergurau pun tak boleh.

“kenapa kau duduk jauh sangat?” soal Dayana.

dia perasan akan jarak diantara dirinya dan Ziyad. gadis itu duduk diatas buai kayu manakala Ziyad duduk dihadapannya. namun jarak diantara mereka agak jauh.

bahkan jika dia berbual dengan Ziyad, dia perlu meninggikan sedikit ton suara agar lelaki itu dapat mendengarnya.

“nanti mama marah awak lagi. saya tak berapa suka tengok awak menangis macam tengah hari tadi.” gumam lelaki itu.

“tak adalah. aku okay sahaja. terima kasih sebab cari aku.” ucap gadis itu, ikhlas.

“sama - sama, bintang. kasih diterima.”

laju sahaja Dayana mencebik. mulut lelaki bertubuh tinggi itu sentiasa manis. kalau macam ini, lama - lama dia boleh terkena diabetes.

“aku mahu masuk. kalau kau masih mahu duduk diluar, duduklah. aku baru lepas tinjau bintang. banyak juga bilangannya diatas sana.” ujar Dayana.

gadis itu bingkas bangun. beberapa barangan dibawa keluar tadi diangkut semula. dia mula membuka langkah meninggalkan kawasan garage.

“oh, ya. malam ini kau tidurlah dalam bilik Paklang. aku tidur dengan uwan.” pesan Dayana lagi.

gadis itu sempat menoleh kearah Ziyad. lelaki itu hanya mengangguk sebagai response.

selepas sahaja bunyi derapan kaki Dayana hilang, Ziyad bingkas bangun. dia berjala melebih kawasan berbumbung. seterusnya, kepala didongakkan keatas.

seperti malam sebelum, terdapat ribuan bintang yang bertaburan diatas sana. rupanya tetap indah dan cantik.

dia tidak akan pernah bosan bagi melihat langit malam. tambahan pula apabila langit tersebut dihiasa oleh bintang dan ditemani oleh bulan.

sama seperti malam ini.

laju sahaja tangannya menyeluk poket seluar. telefon pintar dibawa keluar lalu dihalakan kearah langit.

snap!

sekeping gambar berjaya ditangkap. terus, lelaki itu mengambil lagi beberapa keping gambar sebagai simpanannya.

Bintangku Where stories live. Discover now