037

199 32 17
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BUNYI DESISAN kedengaran jelas. Ziyad menghentikan aktivitinya. kapas yang telah dituangkan iodine itu ditarik menjauhi pinggir bibir Dayana.

luka itu terhasil akibat tamparan yang diberikan oleh Juhaina. mungkin gadis itu mengenakan cincin pada jarinya. oleh sebab itu, terhasilnya luka.

“pedih ke?”

Dayana mengangguk.

“awak tak fikir ke apa yang akan terjadi kalau awak bertindak buru - buru seperti tadi?” soal Ziyad lembut.

tangannya ligat mengoles ubat pada hujung bibir Dayana. berselang dengan tiupan kecil bagi meredakan pedih gadis itu.

“tak akan aku mahu diam sahaja? dia fikir aku macam Juhaina ke? tak kisah kalau bukan mahram sentuh?” omel gadis itu. bibirnua turut dijuihkan.

“memanglah tetapi awak tak patut tumbuk dia. fuh, rasa sakit itu sampai ke sini.” jari telunjuk Ziyad bawa naik menyetuh pipinya sendiri.

dapat dia rasakan bagaimana peritnya tumbukan Dayana. dia sendiri sudah kena dua kali dengan isterinya itu.

“habis kau nak suruh aku buat apa?”

“awak boleh sahaja tolak dia. biarkan dia jatuh. lepas itu awak lari.” ujar Ziyad.

“aku tak fikir terlebih dahulu. semuanya berlaku secara spontan. lagipun he deserve it.”

“betul, he deserved it. berani dia sentuh isteri saya. dia fikir, dia Ziyad Nufa'el ke? suka - suka hati sahaja mahu sentuh isteri Ziyad Nufa'el.” seloroh Ziyad.

tidak lupa juga dengan gaya yang dibuat - buat.

gadis itu mengekeh tawa. lucu melihat gelagat Ziyad ketika itu, “iya, dia fikir, dia Ziyad Nufa'el ke? apalah.”

Ziyad tertawa kecil. kepalanya digelengkan beberapa kali sebelum dahi Dayana ditunjal menggunakan jari telunjuk.

sontak Dayana mendengus perlahan. tangannya naik mengusap kawasan yang ditujal oleh Ziyad tadinya.

“lain kali, ajak saya teman kalau mahu ke mana - mana. tengoklah apa dah jadi.” pesan Ziyad. hujung bibir Dayana yang terluka itu diusap lembut.

“maaf, Jie. aku cuma tak selesa berada disitu.”

“tak apalah, benda dah jadi. saya bersyukur awak selamat.” Ziyad mengukir senyum.

kapas yang digunakan buat mengoles ubat pada Dayana tadi diletakkan keatas meja── bersebelahan dengan botol iodine.

“meh peluk meh. alololo, kesian bintang saya ini.” tangan, Ziyad didepakan.

Dayana mengukir senyuman kecil. gadis itu mula masuk ke dalam dakapan si suami. tangannya dilingkarkan pada pinggang Ziyad.

“terima kasih, Jie.” ucap gadis itu, ikhlas.

“sama - sama, bintang. jadikan perkara ini sebagai pengajaran. saya pun salah juga sebab tak teman awak tadi. saya minta maaf, ya?”

“mana ada. kau tak salah. aku yang salah sebab tak jujur dengan perasaan pada kau. sepatutnya aku beritahu sahaja sebab kenapa aku tak selesa.” ujar gadis itu.

“tak, awak tak salah. saya tahu awak masih lagi rasa ragu - ragu untuk berkongsi dengan saya. tak mengapa, bintang. it's not your fault. it's my fault.”

no, salah aku.”

“salah saya, bintang.”

“salah aku.”

Bintangku Where stories live. Discover now