009

259 35 37
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ APA MOTIF kau bawa aku ke sini?” soal Dayana sedikit tidak puas hati.

sudahlah diugut malah diculik lagi oleh Ziyad. selalunya dia berani sahaja menolak ajakan orang - orang tetapi Ziyad lain. dia sepertinya tidak tahu bagaimana ingin menolak Ziyad.

bahkan rasa bersalah bakal menghantui dirinya jika dia menolak atau terlalu kasar dengan lelaki itu.

“sebab Iman kata, awak busy study. jadi saya bawalah awak ke sini. release stress.” ujar Ziyad.

“basi. aku boleh release stress sendiri.” bidas Dayana.

“atau kau ada niat lain?” tambah gadis itu lagi.

cepat - cepat Ziyad menyilangkan tangannya dihadapan muka── seakan - akan membuat tanda pangkah bagi menidakkan sangkalan Dayana.

“mana ada! saya tak pernah ada niat buruk keatas awak.” ujarnya.

“dah itu? tak akan kau bawa aku ke sini semata - mata untuk release stress sahaja?” soal Dayana. gadis itu masih belum berpuas hati dengan jawapan Ziyad.

lambat - lambat Ziyad mengangguk. keluhan kecil dilepaskan. seterusnya, tangan kanannya naik mengusap tengkuknya sendiri.

jujur, Ziyad memang mempunyai niat lain. tetapi bukanlah niat buruk. sebaliknya, dia mahu bertanya beberapa soalan kepada gadis itu.

“Iman kata awak sukakan pantai. maaflah, nanti dikemudian hari kita ke pantai pula. buat masa ini, saya boleh bawa awak ke tasik buatan ini sahaja. ibu tak benarkan saya bawa awak jauh - jauh.” ujar Ziyad. sengihan kecil merekah pada bibir lelaki itu.

Dayana mengangguk faham. satu sifat yang dari dulu lagi dia suka tentang Puan Iftah ialah wanita itu sangtlah menjaga anak - anaknya dengan baik.

lebih kepada batas pergaulan anak - anaknya.

“boleh saya tanya awak sikit?” soal Ziyad.

Dayana menoleh kearah Ziyad. gadis itu menjungkitkan kening kanannya sebagai tanda ‘tanyalah’

“kenapa awak kerja sambilan?”

“sebab aku mahu.” selamba sahaja Dayana membalas soalan lelaki itu.

“bukan itu maksud saya. awak ada sebab yang tersendiri ke?” soal Ziyad lagi.

gadis itu menjungkitkan kedua - dua belah bahunya. nampaknya Dayana tidak mahu berkongsi cerita dengan Ziyad. mungkin gadis itu berasa kurang selesa.

“tak apalah kalau awak tak selesa dengan saya. untuk soalan - soalan lepas ini, awak jawab sekadar yang awak mahu sahaja.” ujar Ziyad.

dia mahu berbual lebih lama lagi dengan Dayana. dia tidak mahu gadis itu berasa canggung mahupun tidak selesa ketika bersama dengannya.

“apa nama awak? saya selalu dengar Iman panggil awak Aya sahaja.” soal pertama dilayangkan.

“Dayana Zhalifah.”

“cantik, sama macam tuannya.” ucap Ziyad ikhlas.

lekas Dayana membuang pandangan kearah tasik yang terbentang luas dihadapan mereka itu. dia tidak mahu bertentang mata dengan Ziyad.

“awak ambil couse apa di universiti?”

course-sa kata.”

selamba sahaja Dayana menuturkan ayatnya. tidak lupa juga kekehan kecil diakhir ayat gadis itu.

spontan Ziyad menoleh arah Dayana. ini kali pertama dia melihat gadis itu ketawa. selama ini wajah Dayana tidak pernah dihiasi dengan senyuman.

dingin dan datar sahaja.

Bintangku Where stories live. Discover now