045

195 29 13
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  LENANYA MULA terganggu. badannya seperti digoncang oleh seseorang. perlahan - lahan Dayana membuka kelopak matanya.

wajah Ziyad merupakan perkara pertama yang dia lihat. gadis itu mendengus kasar. terus dia mengubah posisi kepada separa duduk.

“bangunlah, ambil wudhu'. kita solat subuh berjemaah sama - sama.” ujar Ziyad.

gadis itu mengangguk kecil. dia mula melangkah turun daripada katil. kemudian, Dayana kembali terduduk. tangannya naik memegang kepalanya.

kepalanya terasa pusing.

“lain kali duduk dahulu, tarik nafas. bukannya terus berdiri. memanglah pening.” ujar Ziyad.

Dayana menggumam kecil. betulah apa yang dikatakan oleh Ziyad itu. mana boleh terus buru - buru bangun. sekurang - kurangnya ambil jeda sebentar. tidaklah kepala itu pusing apabila berdiri nanti.

“dalam pukul 8 nanti, teman saya lawat ibu ya? sekalian boleh kenalkan awak pada ibu.” pinta Ziyad.

gadis itu terdiam. wajah Ziyad dipandangnya bingung. senyuman manis tetap merekah pada wajah tampan lelaki itu.

Dayana mengangguk kecil. tangannya naik mengusap kepala Ziyad. entah kenapa hatinya tergerak untuk melakukan perkara itu.

sejurus itu, Dayana bingkas bangun. langkah disusun kearah bilik air. pintu bilik air dikatup rapat selepas sahaja dia melangkah masuk.

Ziyad masih pegun ditempatnya. perlahan - lahan tangan kekar itu naik mengusap kepalanya sendiri. senyuman kecil terukir pada wajahnya.

lelaki itu mula rebah keatas lantai. tubuh tinggi lampai itu berguling ke kiri dan ke kanan secara berulang.

sukanya, sukanya!

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SADAQHALLAHULAZIM.” YASIN yang dipegang dikatup rapat. kulit luar buku Yasin itu dicium beberapa kali oleh Ziyad.

kemudian, alunan doa dibacakan oleh Ziyad. kedua - dua manusia itu mula menadah tangan serta mengaminkan doa yang dibaca oleh Ziyad itu.

selesai membaca doa, buku yasin yang berada ditangan Dayana, Ziyad ambil. bahu gadis itu dirangkul olehnya── merapatkan lagi jarak diantara mereka.

“ibu, Yad datang ini. hari ini Yad bawa isteri Yad sekali.” ucap Ziyad. tangannya mengelus lembut timbunan tanah dimakam ibunya itu.

“maaf sebab lambat berjumpa dengan ibu. kalaulah Yad cari ibu lebih awal lagi, mesti ibu dah jumpa dengan Aya.” tambah lelaki itu lagi.

tangan kecil milik Dayana naik mengusap belakang badan Ziyad. lembut sahaja usapan yang diberikan gadis itu kepada Ziyad.

“tetapi tak apalah. mungkin Allah lebih sayangkan ibu.” tambah lelaki itu lagi.

suara Ziyad mula bergetar. nafas dalam ditarik lalu dilepaskan. wajahnya dipalingkan kearah Dayana. senyuman kecil diukirkan buat isterinya itu.

“awak nak cakap dengan ibu?” soal Ziyad.

Dayana mengangguk, “tetapi aku malulah. boleh tak kau duduk jauh sikit.” minta gadis itu.

“awak nak mengumpat fasal saya pada ibu ke?” soal Ziyad. keningnya dijungkitkan sebelah.

“mana adalah. aku mahu bercakap secara personal. kau pergilah masuk dalam kereta dahulu.” ujar Dayana.

“iyalah, saya pergi. saya duduk dekat kubur sebelah. awak jangan mengumpat fasal saya pula.” pesan Ziyad. lelaki itu bingkas bangun.

Bintangku Where stories live. Discover now