007

276 36 12
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ MAHU TAK mahu, Dayana terpaksa duduk semeja dengan Ziyad. dia tiada pilihan lain lagi. kalau bukan dengan Ziyad, dia mahu duduk dengan siapa?

Nur sudah tentu duduk dekat meja adat bersama dengan Aidan. ibu pun sudah pasti duduk disana juga. Imani dan Amani pula sudah hilang entah kemana.

tak akan dia mahu duduk sendirian?

“awak tak nak makan ke?” soal Ziyad. lelaki itu meletakkan secawan air dihadapan Dayana.

spontan gadis itu menoleh kearah Ziyad. kepalanya didongakkan bagi melihat wajah lelaki itu.

Dayana menggelengkan kepalanya, “tak mahu.”

“okaylah kalau macam itu.”

Ziyad menarik kerusi kosong yang berada disamping Dayana. seterusnya, lelaki itu melabuhkan punggungnya disitu.

“kau tak makan?” kini, giliran Dayana pula menyoal.

“tak.”

“kenapa pula?” soal gadis itu lagi.

“sebab awak tak makan.”

pandangan bingung diberikan kepada Ziyad. jawapan lelaki itu seperti tiada kena mengena dengan soalannya.

“gurau sahajalah. saya masih kenyang lagi. kejap lagi kot saya makan.” ujarnya. sengihan kecil ditayangkan kepada Dayana.

gadis itu mengangguk kecil. pandangannya dialihkan kearah orang ramai. dia tidak tahu mahu berbual apa dengan Ziyad.

Ziyad juga sama seperti Dayana. dia juga sudah tiada topik untuk berbual dengan gadis itu. namun dirinya masih lagi mahu berbual dengan Dayana.

seketika, dia teringat akan sesuatu. poket seluar diseluk lalu telefon pintar dikeluarkan. telefon pintar kepunyaan gerangan yang dilanggar oleh Ziyad semalam.

“Aya... ini awak punya ke?” soal Ziyad seraya menyuakan telefon pintar tersebut kepada Dayana.

gadis itu menoleh. objek berbentuk segi empat tepat itu diperhatikan oleh Dayana. terus telefon pintar itu diambil daripada tangan kekar Ziyad.

“mana kau jumpa?” soal Dayana.

“awak ingatkan lelaki yang awak langgar dekat lobi PPUM semalam?”

sontak mata gadis itu membulat. tak akan lelaki yang dilanggarnya semalam ialah Ziyad?

“kau─ kau ke?”

Ziyad mengangguk. senyuman terukir pada wajah jejaka tampan itu, “iya, sayalah orang itu.”

“terima kasih. aku fikir telefon ini sudah hilang entah kemana.” ucap gadis itu, ikhlas. tidak lupa juga untuk menayangkan senyuman buat Ziyad.

“sama - sama.”

suka hatinya apabila telefon pemberian ibu kandungnya itu dijumpai semula. walaupun tidak mahal mana, dia masih lagi tahu cara untuk menghargai pemberian ibunya itu.

button on ditekan. namun skrin telefonnya langsung tidak menyala. berkali - kali gadis itu cuba untuk  menghidupan telefon pintar itu. namun tidak berjaya.

“saya belum ada masa lagi nak hantar telefon itu ke kedai. jadi buat masa ini awak ambilah dulu benda ini.” ujar Ziyad. satu lagi objek berbentuk segi empat tepat itu dihulurkan kepada Dayana.

Dayana tidak menyambut huluran Ziyad. dia hanya memandang kosong kearah objek tersebut.

“ambilah. anggapnya sebagai tanda minta maaf sebab saya... telefon awak rosak.” ujar Ziyad lagi.

Bintangku Where stories live. Discover now