030

236 35 4
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  ZIYAD MELANGKAH masuk ke dalam bilik bersama dengan tali leher dibahunya. Dayana yang sedang berdiri dihadapan cermin itu dihampirinya.

terus tubuh kecil itu dipeluk daripada belakang. wajahnya turut disembamkan pada ceruk leher Dayana.

“Jie, aku mahu pakai tudung ini.” ucap Dayana. dia mencuba melepaskan lengan kekar milik Ziyad yang melingkar pada pinggangnya itu.

selang seminit, Ziyad kembali menjarakan diri mereka. tali leher yang berada dibahunya itu diambil lalu dihulurkan kepada Dayana. sengihan kecil terukir pada wajahnya.

“tolong ikatkan tali leher saya, bintang.” pinta Ziyad bersama dengan sengihan.

gadis itu menggelengkan kepalanya, “sangkut dahulu pada leher kau.”

Ziyad tidak membantah. dia terus menyangkutkan tali leher tersebut pada batang lehernya.

gadis itu menggumam kecil. kedua - dua hujung tali leher yang terjuntai itu dipegangnya. namun pergerakannya mati disitu.

dia lupa bagaimana mahu mengikat tali leher. kali terakhir dia mengenakan tali leher adalah waktu sekolah menengah.

ketika itu dia menyandang jawatan sebagai badan wakil pelajar.

“bintang, kenapa?” tegur Ziyad.

Dayana menggelengkan kepalanya, “aku tak reti ikat tali leher.” jujur gadis itu.

terus lelaki itu terkekeh kecil. kedua - dua belah tangan Dayana dipegang. dia menggerakkan tangan kecil itu mengikut tertib mengikat tali leher.

selesai mengikat tali leher, dia melepas tangan si isteri. senyuman kecil terukir pada wajahnya.

“nanti saya ajar lagi. saya baru nak mengada dengan isteri sendiri tetapi tak sangka pula dia tak reti ikat tali leher.” kelutuk Ziyad.

gadis itu mencebik. lelaki itu pasti sengaja mahu menyakatnya lagi. tanpa menghiraukan Ziyad, dia kembali melilit tudung.

Ziyad pula berlalu kearah katil. lelaki bertubuh tinggi itu hanya memandang gerak - geri si isteri. lincah tangan kecil itu melilit tudung pada kepalanya.

“saya suka tengok awak pakai tudung. nampak cantik dan manis.” ujar Ziyad perlahan.

sebenarnya, dia takut juga jika gadis itu bakal tersinggung dengan pujiannya.

Dayana hanya menggumam perlahan. selesai memakai tudung, dia terus berlalu kearah pintu bilik. daun pintu ditarik olehnya.

gadis tersebut terus melangkah keluar daripada bilik. sedikit pun dia tidak menoleh kearah Ziyad sebelum meneruskan langkahnya.

pintu bilik dikatup oleh Dayana.

Ziyad mengeluh perlahan. dia ada tersalah cakap ke tadi?

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

OKAY, CUBA rapat sikit.” laung jurukamera daripada bawah.

Dayana mula menapak satu langkah bagi merapati Ziyad. namun lelaki itu lebih cepat merangkul pinggangnya. ditarik rapat tubuh kecil itu dengan tubuhnya.

membulat mata gadis itu apabila tubuhnya berlaga dengan tubuh Ziyad.

“cuba pengantin perempuan rangkul pinggang encik suami.” pinta jurukamera itu.

spontan Dayana menggelengkan kepalanya.

“tak apalah, bukannya berdosa pun. malahan siap dapat pahala lagi.” bisik Ziyad.

Bintangku Where stories live. Discover now