053

191 29 13
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ MUNGKIN HAL ini dianggap remeh bagi segelintir orang. namun isu keluarga bukanlah isu yang ringan. isu ini perlu dipandang serius dan tidak dipandang enteng.

"sakit lagi tak, bintang?" soal Ziyad. lelaki itu baru sahaja selesai membalut luka Dayana.

Dayana menggelengkan kepalanya, "terima kasih, Jie."

"sama - sama, bintang. awak rehatlah dahulu. saya mahu turun ambil makan malam untuk awak. kita makan dalam bilik sahaja." ujar Ziyad dan Dayana mengangguk.

kepala gadis yang sedang terbaring itu diusap lembut Ziyad. sempat dia mengucup ruas dahi Dayana sebelum dia melangkah keluar daripada bilik bernuasa merah jambu itu.

baru sahaja Ziyad mahu melangkah menuruni anak tangga, suara Puan Dhalila dan Encik Zahrin menerjah telinganya.

"sampai bila awak nak berkeras dengan kakak itu? abang rasa dah cukup untuk awak perlakukan kakak macam itu."

"mengada jelah dia itu. dia itu memang daripada zaman sekolah bermasalah. sampai kena panggil dengan pihak kaunseling sekolah pula. abang tak tahu betapa malunya saya bila sekolah telefon saya dan beritahu perihal itu." ujar Puan Dhalila. wanita itu kedengaran berang.

"itu sebab dia rasa lebih selamat meluah dengan orang luar daripada kita. awak nampak tak sekarang ini yang dia tak percayakan kita untuk meluah? saya sedar, saya banyak salah pada kakak."

"sepatutnya waktu kakak remaja, kita patut tolong dia, beri dia sokongan buat membangun perwatakannya. tetapi apa yang kita buat? perlekehkan dia. bandingkan dia dengan Rauha. sedangkan dia anak kita. Rauha itu bukanlah sesiapa pun dalam keluarga kita ini." Encik Zahrin bersuara.

"Rauha itu anak buah awak tetapi awak banggakan dia macam Rauha itu darah daging awak. sedangkan kakak, awak remehkan kakak. kakak itu anak kita, Dhalila. patutnya kita bangga dengan dia." tambah Encik Zahrin lagi.

"ah, dia itu! aku dulu tak ada pun mak nak banggakan. mak aku itu lagi kolot. dia itu aku dah berikan macam - macam kelengkapan tetapi tetap mahu kerungut dan salah aku sebab tak jadi mak yang baik. dasar tak reti bersyukur. zaman aku dulu gadjet pun tak ada."

"awak sakit hati tak mak buat awak macam itu?" soal Encik Zahrin.

"sakit hatilah! mak tak pernah ucap tahniah pada aku. tetapi elok sahaja aku hidup sampai sekarang. berjaya sahaja aku."

"macam itulah kakak rasa. dia mesti sakit hati dengan kita. kalau awak sakit hati sebab mak tak pernah hargai awak... macam itulah kakak rasa. cuma dia diam sahaja. ada dia cakap semua benda ini depan awak?" soal Encik Zahrin lagi.

"mengadalah dia itu. hal kecil pun dia mahu jadikan alasan mental health issues. benda bukannya besar mana pun. lepas itu sikit - sikit cakap nak mati. ha, pergilah jelah mati. kau nak kemalangan ke apa ke, tak ada siapa kisah pun." kelutuk Puan Dhalila.

"astaghfirullahalazim." Ziyad menggelengkan kepalanya. sampai macam itu sekali Puan Dhalila perlakukan Dayana.

"Dhalila, kakak itu dah cuba untuk buat kita bangga. belajar pandai, top student. apa yang Rauha peroleh, itu yang kakak peroleh juga. apa lagi yang awak nak daripada dia? awak betul - betul mahu dia pergi tinggalkan kita baru awak nak rasa kehilangan?" suara Encik Zahrin naik seoktaf.

Puan Dhalila terdiam. soalan Encik Zahrin dibiarkan menyepi.

"jangan sampai perkataan yang keluar daripada mulut awak itu, Allah kabulkan. barulah masa itu awak sedar langit itu tinggi ke rendah."

bunyi seretan kerusi kedengaran menandakan Encik Zahrin bangun daripada duduknya. Ziyad cepat - cepat bangun. lelaki itu mula berlari masuk ke dalam bilik semula.

Bintangku Where stories live. Discover now