018

214 33 4
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SELEPAS SAHAJA selesai bersarapan, sepasang manusia itu sudah pun siap ingin pulang ke Kuala Lumpur.

“bawa motor elok - elok. jangan bawa laju bona.” pesan Puan Khalijah setelah gadis itu menyalami tangannya.

“taklah, mana ada laju. paling - paling 120 km/j.”

pap!

bahu Dayana dipukul kasar, “lajulah itu! jangan nak mengado. awak itu lagi sebulan nak kahwin dah.”

“bila masa tah kitanya nak kahwin.” cebik Dayana. sempat dia menjeling kearah Ziyad sekilas.

kemain sakan lagi lelaki itu mengoyak senyum.

Dayana berjalan pula kearah Encik Jalani. tangan kekar lelaki bergelar atuk itu dicapai lalu dikucup kekura tangan lelaki itu.

jago diri kat Kolumpo itu. bolaja rajin - rajin. nanti time graduate atuk dengan uwan datang.” pesan Encik Jalani.

Dayana mengangguk faham. tubuh atuknya direngkuh lembut. kemudian, dia kembali menjarakan diri dengan Encik Jalani.

tubuhnya dipusingkan untuk memakai kasut. belum sempat kasut disarungkan, Ziyad terlebih dahulu menarik sepasang kasut berwarna hitam itu.

lelaki itu melutut dihadapan Dayana, “pergi salam mama dengan papa.”

laju sahaja gadis itu mendengus kasar. kepala digelengkan tanda protest.

“pergi salam mereka, bintang.” kali ini suara Ziyad berubah tegas.

sekali lagi gadis itu mendengus kasar. dia bangun lalu berjalan kearah orang tuanya. tangan dihulurkan kepada papa.

namun sedikit pun dia tidak melihat kearah ayah kandungnya itu.

tangan Dayana disambut oleh Encik Zahrin. seterusnya, kekura tangan si ayah dikucup. tangannya direntap kasar apabila selesai menyalami si ayah.

“jaga diri baik - baik, kakak.” lembut sahaja si ayah bersuara.

Dayana hanya menggumam perlahan. kemudian, gadis itu beralih kepada Puan Dhalila yang berada disamping papa.

tangannya dihulurkan kepada si ibu. tiada response daripada Puan Dhalila. tangan anaknya dipandang kosong.

gadis itu terus menyimpan semula tangannya. tubuh dipusingkan lalu dia melangkah semula kearah Ziyad.

kasut yang ditahan oleh Ziyad itu diambil secara kasar. terus dia menyarungkan kedua - dua belah kasut itu pada kakinya.

selesai mengikat tali kasut, Dayana bangun. sempat dia menoleh kearah Puan Khalijah dan Encik Jalani. senyuman manis diukirkan buat uwan dan atuk.

“nanti kita jumpa lagi ya, uwan, atuk? jaga diri tau. kalau ada apa - apa telefon akak cepat - cepat.” pesan Dayana.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ AIK, JA? awalnya balik. kata stay rumah uwan dua minggu?” soal Irisy Zhulaiqa sebaik sahaja Dayana melangkah masuk ke dalam rumah.

Bintangku Where stories live. Discover now