055

197 27 3
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ TAWA RIANG mula kedengaran. Dayana mengeluarkan kamera berjenama Instax yang diberikan oleh Ziyad itu. gambar lelaki tersebut terus diambil.

Ziyad sedang bermain permainan bola keranjang. suka betul lelaki itu bermain permainan itu.

“bintang, marilah cuba!” panggil Ziyad.

Dayana berjalan kearah suaminya itu. kamera berwarna putih itu dihulurkan kepada Ziyad. lelaki itu tidak banyak bunyi── menyambut sahaja huluran isterinya itu.

bola berwarna oren bergaris hitam itu, Dayana ambil. anak mata coklat terang itu mula tertancap pada jaring.

bola dilemparkan kearah jaring tersebut.

masuk!

Dayana bersorak gembira. gadis itu turut melompat - lompat kecil kerana berjaya.

tangan kekar Ziyad naik mengusap kepala Dayana yang masih berbalut tudung itu, “good job, bintang. lepas ini kita boleh lawan siapa score paling banyak.”

no problem! siapa kalah kena belanja aiskrim.”

lelaki itu mengangguk yakin, “deal! confirm saya yang menang.”

i love your confidence.” gumam Dayana. kepala dilagutkan bagi melihat wajah Ziyad. manakala Ziyad menundukkan pandangannya bagi melihat Dayana.

i love you too.” ujar Ziyad bersama dengan kenyitan mata.

Ziyad menyeringai kecil. pipi merah merona Dayana itu dicubit lembut. geram betul dia dengan Dayana. comel sungguh!

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

DAYANA MENGHAMBURKAN tawa. wajah cemberut Ziyad dipandang lucu. aiskrim kon yang dipegang dihulurkan kepada Ziyad.

“rasalah sikit.” ujar Dayana. senyuman manis terukir pada wajah gadis itu.

“tadi itu saya sahaja bagi chance biar awak menang. jangan nak riak wal takbur sangat.” cebik Ziyad. aiskrim kon yang dihulurkan oleh Dayana diambil.

selepas mengigit sedikit aiskrim vanilla gadis itu, dia memulangkan semula aiskrim milik Dayana itu.

“eleh, cakap jelah yang awak sebenarnya memang tak reti main.”

“selain daripada main bola sepak saya main basketball juga. mustahilah kalau saya kalah dengan awak.” lelaki bertubuh tinggi itu tidak puas hati.

Dayana menjungkitkan bahunya, “mungkin semesta berpihak pada saya kali.”

“semesta sentiasa berpihak pada awak, bintang.”

gadis bertudung itu hanya diam. aiskrim yang berada ditangan, Dayana sambung makan. gadis itu mengeluh kecil.

kalau benar semesta berpihak pada saya, kenapa saya tak macam anak - anak lain yang rapat dengan ibu dan ayah mereka? namun ayat tersebut hanya pecah dihati.

langkah Dayana mati. hujung baju Ziyad ditarik oleh gadis itu. spontan Ziyad menundukkan pandangannya.

“boleh tak kita singgah kedai buku?”

“awak nak beli apa?”

“beli keuy teow── sudah tentulah nak beli buku. awak rasa kedai buku ada jual char keuy teow ke?” sarkastik Dayana.

Bintangku Where stories live. Discover now