022

213 33 4
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  PINTU UTAMA rumah Puan Aida ditolak oleh lelaki tinggi lampai itu. kemudian, sepasang kasut berjenama Skechers itu dibuka lalu diletakkan pada tempat kasut.

dia meneruskan langkah kearah meja makan yang berada di dapur. kerusi kosong ditarik lalu dilabuhkan punggungnya pada kerusi tersebut.

keluhan kecil dilepas oleh Ziyad. dia baru sahaja selesai menghantar Dayana ke rumah sewa gadis itu. namun katanya, malam ini dia perlu bekerja.

sebenarnya, dia masih lagi terfikir mengapa Dayana beria - ria bekerja. sedangkan uwan dan atuk gadis itu bukanlah orang susah. bahkan orang yang berada kerana mempunyai ladang kelapa sawit dan tebu sendiri.

harga sawit sekarang bukannya biasa - biasanya. kemain masyuk lagi pengusaha kelapa sawit zaman sekarang.

seketika, fikirannya melayang kembali sewaktu dia berada dikampung gadis itu. malam dimana Encik Zahrin mengajak dirinya berbual.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SELEPAS SAHAJA bunyi derapan kaki Dayana hilang, Ziyad bingkas bangun. dia berjalan melebih kawasan berbumbung. seterusnya, kepala didongakkan keatas.

seperti malam sebelum, terdapat ribuan bintang yang bertaburan diatas sana. rupanya tetap indah dan cantik.

dia tidak akan pernah bosan bagi melihat langit malam. tambahan pula apabila langit tersebut dihiasa oleh bintang dan ditemani oleh bulan.

sama seperti malam ini.

laju sahaja tangannya menyeluk poket seluar. telefon pintar dibawa keluar lalu dihalakan kearah langit.

snap!

sekeping gambar berjaya ditangkap. terus, lelaki itu mengambil lagi beberapa keping gambar sebagai simpanannya.

atau mungkin, dia akan hantar gambar itu kepada Dayana.

senyuman kecil terukir pada bibir Ziyad. sama sahaja kedua - duanya. bintang dan Dayana. sama - sama cantik dan bersinar.

walaupun dalam keadaan yang gelap, dia masih cuba untuk bersinar dengan terang. walaupun jika dibandingkan saiznya dengan bulan, saiz bintang lebih kecil. namun masih menarik jika berada diatas sana.

suara seseorang berdehem menerjah telinga Ziyad. namun suara itu bukanlah milik Dayana. ia lebih kepada suara garau.

sontak Ziyad memusingkan tubuhnya. susuk tubuh yang berada diberanda rumah itu pandang. tidak lupa juga untuk mengukirkan senyuman dan menundukkan sedikit tubuhnya sebegai tanda hormat.

“boleh kita berbual?”

Ziyad mengangguk. telefon pintarnya dimasukan semula ke dalam poket seluar. langkah mula diatur kearah beranda rumah Puan Khalijah dan Encik Jalani.

sebelum melangkah masuk, kasutnya ditanggalkan lalu disusun terlebih dahulu. kemudian, baharulah lelaki itu menapak masuk ke dalam rumah.

meja makan yang berada ditengah - tengah beranda itu dijadikan tempat berbual kedua - dua lelaki itu.

Ziyad mengambil tempat kosong berhadapan dengan Encik Zahrin.

“dah berapa lama Yad kenal dengan Dayana?” soal Encik Zahrin sebaik sahaja Ziyad melabuhkan punggungnya.

“tak adalah lama sangat. dalam sebulan dua macam itu.” jawab Ziyad.

Bintangku Where stories live. Discover now