033

222 35 8
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ TALI PINGGANG berjenis kulit itu hinggap pada tubuh kecil anak perempuan itu. raungan dan tangisan anak kecil itu dihiraukan sahaja oleh si pelaku.

“apa yang kau penat sangat dekat sekolah itu? setakat pergi belajar apa yang penatnya? aku ini lagi penatlah!” tempelak si ibu.

“kau balik rumah, tidur. asal aku pulang kerja sahaja kau tidur! pemalas sangat ini kenapa, Dayana Zhalifah?” suara si ibu bergema ke seluruh rumah.

“kau dengan makcik kau sama sahajalah! dua - dua tak berguna! sudahlah muka pun hampir sama. kau tahu? aku benci tengok muka kau. sama seperti aku benci tengok muka makcik kau itu!”

gadis itu hanya mampu menangis. sementara si ibu melepaskan geramnya, si ayah pula tidak habis - habis mencabuk tubuh kecil itu dengan tali pinggang.

“penat, penat, penat! kau itu bukannya kerja pun. apa yang penatnya? balik sekolah, kau berehat, senang - senang. lepas itu kerja dalam rumah ini kau biarkan sahaja! ingat rumah ini ada bibik ke?” lagi - lagi si ibu menempik.

“cubalah kau tolong mama itu. fikir kau sahaja penat, kakak. orang lain pun penat juga.” kini, si ayah pula bersuara.

kali ini, tali pinggang tidak lagi menyentuh kulitnya. rasa pedih mula menjalar keseluruh badannya, sakit.

“ma, angah dengan adik ada. dalam rumah ini, bukan akak seorang sahaja anak mama dengan papa.” gumam gadis itu perlahan.

“menjawab! dah besar sangat ke diri sampai nak menjawab?” suara si ayah kedengaran kuat.

lelaki itu kembali mengangkat tangannya── berkira - kira mahu melibaskan tali pinggang itu kembali.

mata dikatup rapat. dia sudah pasrah jika benda panjang nan nipis itu hinggap kembali ke kulitnya.

setakat luka sikit, nanti sembuhlah itu. macamlah dia tidak biasa dengan luka - luka seperti itu.

namun entah kenapa ketika tali pinggang itu hampir hinggap pada tubuh Dayana, ada satu suara lain yang menerjah masuk ke dalam gegendang telinganya.

tubuhnya juga terasa seperti dipegang oleh seseorang.

“Aya, hei! bintang, bangun! awak kenapa menangis ini?”

spontan kelopak matanya terbuka. wajah Ziyad adalah perkara pertama yang menyapa pandangannya.

keluhan kecil dilepaskan. gadis itu mula menukar posisinya kepada separa duduk. kaki dilunjurkan kehapadan.

tangan kecil itu naik mengesat air mata yang masih bersisa.

“awak mimpi apa sampai menangis?” soal Ziyad, lembut. tubuh kecil itu dirangkul daripada tepi. kepala Dayana ditarik supaya terlentok elok pada bahunya.

“tak ada apa - apa.” tipu Dayana.

“dah itu, kenapa sampai menangis?”

Dayana menggelengkan kepalanya, “cuma cerita lama. mungkin aku penat──”

sekali lagi gadis itu menggelengkan kepalanya. dia tidak sepatutnya mengaku penat dihadapan Ziyad, “aku cuma terlalu fikirkan perkara yang dah lepas.”

keluhan kecil kembali terlepas daripada ulas bibir Dayana. entah kenapa rasanya seperti mahu menangis lagi.

ragu - ragu Dayana melingkarkan lengannya pada pinggang Ziyad. wajahnya disembamkan pada dada lelaki itu.

“kalau suatu hari nanti kau tahu betapa kurangnya aku, kau masih mahu bersama dengan aku lagi?” soal Dayana. soalan itu terlintas pada fikirannya.

senyuman nipis terukir pada wajah Ziyad. elusan lembut diberikan pada belakang tubuh Dayana. lengannya yang melingkar pada bahu si gadis, kini turun pada pinggang. ditarik sedikit tubuh kecil itu semakin rapat.

“awak tahu, bintang? Allah itu ciptakan manusia dengan pelbagai kekurangan dan kelebihan supaya mereka dapat saling melengkapi. contohnya, kalau awak lebih pada sesuatu perkara dan saya kurang dalam perkara tersebut. jadi, awak boleh bantu saya dalam perkara itu.”

Ziyad jeda sebentar, “bukan ke saling melengkapi kalau macam itu?”

“okaylah, saya mudahkan. awak reti bawa motor. sedangkan saya bawa basikal pun tak lepas. inikan pula motorsikal. jadi, kalau saya teringin nak naik motor, saya boleh minta awak bawakan.” jelas Ziyad bersama dengan sengihan.

“tetapi Jie, aku banyak kurangnya. kalau lihat daripada segi keluarga pun aku sudah jauh kebelakang.” gumam gadis itu kecil.

“awak tahu kenapa saya jatuh cinta pada awak?” soal Ziyad. dapat dia rasakan yang Dayana menggeleng memandang wajah gadis itu masih lagi melekap pada dadanya.

“sebenarnya sejak malam kita bertemu dirumah ibu Nur, saya memang dah berkenan dengan awak tetapi lepas sahaja saya ke rumah uwan dan atuk, perasaan itu semakin jelas.”

“walaupun mama dan papa besarkan awak dengan cara yang kasar tetapi saya lihat, awak membesar dengan hebat. awak buat semua benda sendiri. awak tak mahu susahkan orang sekeliling jadi awak ambil keputusan untuk buat kerja sambilan. saya tahu, belajar dan bekerja dalam masa yang sama itu penat tetapi saya tak pernah dengar awak mengeluh penat.”

“bahkan awak hanya diam dan lakukan perkara yang sama untuk hari - hari seterusnya. awak sedar tak yang awak itu hebat? walaupun membesar dengan keluarga yang agak berantakan, namun awak berjaya tumbuh dengan hebat dan kuat.”

Ziyad jeda. senyuman kecil diukirkan.

“makin saya kenal dengan awak, semakin saya mahu jaga awak. selepas ini, bergantunglah pada. saya suami awak, bintang. mengadu, menangis, bercerita, gelak tawa, bergurau── lakukan sahaja semua itu pada saya.”

“saya lagi suka kalau awak sudi berkongsi semua perasaan itu dengan saya.”

akhirnya, Ziyad berhenti berbicara. rasanya sudah cukup panjang dia berucap pada gadis itu.

“aku bukannya tak mahu berkongsi cerita dengan kau tetapi kau yakin kau tak akan rimas?” soal Dayana, ragu.

dia tidak mahu perkara yang lepas berulang lagi. cukuplah sekali itu sahaja dia rasa dipergunakan.

“tak, bintangg. saya lagi suka dengar awak bercerita. jangan risau, saya tak akan rimas dengan awak.”

“betul ini?”

“betul, sayang.”

bahang panas mula menerpa wajah Dayana. gadis itu semakin membenamkan wajahnya pada dada sang suami. dia malu.

“okay.” gumam Dayana perlahan. suaranya terendam akibat wajahnya yang terbenam pada dada Ziyad itu.

“okay, jom tidur! esok awak kuliahkan? nanti mengantuk pula dalam kelas.” putus Ziyad.

perlahan - lahan dia merebahkan badannya. tubuh kecil yang berada dalam dakapannya itu dipeluk erat.

gadis itu tidak membantah. dia tidak boleh munafik. berada dalam dakapan Ziyad adalah perkara yang paling menyenangkan. tambahan pula dengan bau minyak wangi Ziyad── lagilah dia suka.

daripada dulu lagi dia suka akan bau minyak wangi lelaki itu. entah jenama apa yang digunakan pun Dayana tidak tahu.

“esok, awak mahu bawa motor ke kampus atau saya hantarkan?” soal Ziyad.

“bawa motor sahaja. kelas aku pukul 8. nanti kau lambat masuk kerja pula.”

Ziyad mengangguk faham. ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Dayana itu. tak akanlah dia mahu masuk sekolah pukul 9 pula?

“okaylah, kalau macam itu. esok kita berbual lagi, ya? selamat malam, bintang.” ucap Ziyad, perlahan.

ubun - ubun gadis itu dikucup lembut. kelopak matanya dikatup rapat. tidak lama kemudian, dia sudah pun hanyut dalam samudera mimpi.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ᶻ 𝗓 𐰁 : double update sebab jisung update instagram ( kalau nak selalu double update, suruh jisung rajin update insta /j )

Bintangku Where stories live. Discover now