036

192 31 16
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  HARI INI merupakan hari dimana majlis pertunangan Irisy dilangsungkan.

setelah berperang dengan Ziyad, akhirnya lelaki itu mengalah dan menemani isterinya itu ke majlis pertunangan tersebut.

sebenarnya Ziyad cuma mahu menyakat Dayana sahaja. tak akanlah dia mahu biarkan isterinya itu dengan plus one lain pula. cemburulah dia nanti.

“Juju kata dia jemput ramai budak maktab. secara tak langsung, majlis ini boleh dikira as reunion.” ujar Dayana.

“awak dulu maktab ke?” soal Ziyad.

“ha'ah, dekat Melaka.”

“maktab mana?”

“Tun Ghafar Baba, Jasin.”

Ziyad mengangguk kecil. sejujurnya, dia agak terkejut mendengar nama maktab yang disebutkan oleh gadis itu.

“maknanya pagi tadi itu majlis tunang Irisy? malam ini kira macam majlis reunion pula?” soal Ziyad.

Dayana mengangguk. majlis tunang Irisy sudah pun berlangsung pagi tadi. malam ini, bakal diadakan majlis makan - makan bersama dengan rakan sekolah lama.

bunyi seretan kerusi mengalihkan perhatian pasangan suami isteri itu. sepasang jantina yang berdiri dihadapan mereka, dipandang.

“hai, Dayana. sini kosong atau ada orang?” soal Juhaina.

gadis itu menoleh kearah Ziyad. wajah si suami dipandang olehnya. tolonglah jawab yang dekat situ ada orang.

“kosong sahaja. duduklah.” pelawa Ziyad.

sontak air muka Dayana berubah. terus kerusinya dirapatkan dengan kerusi milik Ziyad. entah kenapa dia berasa takut ketika itu.

pandangan mata dilarikan. dia tidak mahu bertentang mata dengan Ezham yang berada dihadapannya itu.

bahu Ziyad ditarik. bibirnya dibawa rapat ke daun telinga Ziyad, “boleh tak kalau kita tukar tempat?”

dahi Ziyad berkerut seribu. dia menoleh kearah isterinya yang berada disamping, “kenapa pula?”

“aku tak selesalah duduk sini. cuba kau cari meja lain yang kosong.” ujar Dayana dalam nada berbisik.

“kejap, saya tengok.” Ziyad mula beraba - aba untuk bangun.

lekas lengan lelaki itu tarik oleh Dayana── menghalang Ziyad daripada bangun.

“tengok daripada sini sahaja. janganlah tinggalkan aku.” bisik gadis itu lagi.

Ziyad menguntum senyuman kecil. tangan kekar itu naik mengusap kepala si isteri, “baik, bintang.”

gadis itu hanya diam. suara Ziyad ketika menuturkan ayatnya tadi kedengaran lembut. mana tidaknya, lelaki itu siap mengukir senyum lagi buatnya.

salah tak kalau dia nak angau dengan suami sendiri?

Dayana kembali melepaskan pegangan pada lengan Ziyad. gadis itu mula membetulkan posisi duduknya. telefon pintar yang terletak elok pada meja itu, diambil.

walaupun tiada apa yang menarik untuk dibelek, sekurang - kurangnya dia tidak perlu berbual dengan Juhaina dan Ezham.

so... how's life? ” soal Juhaina. serentak dengan itu, Dayana mengangkat wajahnya.

good. how about you? dah kahwin ke?”

“belum lagi. maybe this year kita orang kahwin. kan, by? ” bahu Ezham, Juhaina senggol.

Bintangku Where stories live. Discover now