014

232 30 5
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ‘JAMAL’ DILETAKKAN pada kepala katil. dia sudah pun selesai mengemas katil. jam yang tersangkut pada dinding bilik Paklang dikerling.

pukul 7 pagi.

kemudian, gadis itu kembali menoleh kearah Jamal. terus wajahnya menghangat apabila mengenangkan peristiwa semalam.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

WAJAH CEMBERUT dipasang. pintu bilik terus dikatup kasar. seterusnya, Dayana terus merebahkan dirinya keatas katil.

habis Jamal dia!

patung beruang itu dipeluk erat. wajahnya turut disembamkan pada patung beruang itu. aroma yang menguar pada patung itu dibau.

bau ini sama seperti bau yang ada pada tubuh Ziyad. baunya tidaklah terlalu kuat dan tengit. bau lelaki itu lebih kepada manly vibes.

wanginya. detik Dayana. jujur, dia suka akan bau yang melekat pada Jamalnya itu.

nampaknya, lepas ini tiada lagi hantar patung beruangnya itu ke dobi. nanti hilanglah bau perfume mahal Ziyad itu.

dalam diam, gadis itu mengukir senyum.

ting! ada pesan yang masuk daripada telefon pintarnya. terus tangan Dayana mencapai telefon pintar tersebut.

semakin lebar senyuman yang terukir. macam tahu - tahu aja dia sedang memikir lelaki itu.

jangan angau pula bila peluk ‘Jamal’ itu nanti.

pesan yang diberikan oleh Ziyad itu dibaca. sengihan kecil dikoyakan. tangannya lincah menaip sesuatu pada layar telefon.

siapa cakap? perasan.

butang send ditekan.

iyalah itu. entah - entah awak tengah puji - puji saya. tahulah saya wangi.

jari jemari gadis itu kembali menari diatas layar telefon.

euw, Ziyad. mana kau beli confident?

tidak sampai sesaat, dua tick yang berada dihujung ayat itu bertukar biru.

shopee! anyway, selamat malam, bintangku.

buat masa ini peluklah dulu Jamal itu. mana tahu dilain masa, saya pula yang awak peluk. bau dia sama sahaja.

Dayana mengukir senyum. namun pesan Ziyad itu dibiarkan begitu sahaja. malas mahu melayan perangai gatal Ziyad itu.

telefon pintarnya kembali diletakkan pada kepala katil. senyuman masih lagi tidak lekang daripada bibir.

“selamat malam juga, Ziyad.” tutur gadis itu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

DAYANA MENGGELENGKAN kepalanya beberapa kali. sungguh dia sudah gila. pelbagai cara sudah dia lakukan bagi menolak perasaan ini.

namun, kenapa tidak berhasil? dia tidak boleh jatuh hati pada Ziyad secepat ini. dia perlu melihat sejauh mana lagi lelaki itu boleh mengejarnya.

Bintangku Where stories live. Discover now