029

220 34 12
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ MERONA WAJAH Dayana apabila melihat video yang sedang dimainkan pada layar telefon Ziyad.

video dia mana dia sedang menangis dalam dakapan Puan Aida semalam. ya, ketika waktu dia meluahkan rasa rindunya kepada Ziyad.

ini mesti kerja Nur! siaplah dia kalau Dayana dapat tangkap dia. habis dia lunyaikan Nur itu nanti.

Ziyad kembali menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket baju melayu. senyuman menyakat terukir pada wajah Ziyad.

"alololo, kesian dia rindu saya. tak apalah, lepas ini setiap hari saya ada dengan awak. bolehlah tenung puas - puas." sengaja Ziyad menyakat isterinya itu.

laju sahaja Dayana memalingkan wajahnya. urgh, mulalah itu Ziyad mahu menyakatnya. Nur pun satu hal. kenapalah dia pergi rekod?

"meh peluk meh. dah halal, dah boleh peluk." sekali lagi Ziyad menyakat. lelaki itu mendepakan tangannya.

Dayana mencebik. bingkas dia bangun daripada duduknya. malaslah mahu melayan Ziyad ini. lebih baik dia pergi mencari rakan - rakannya.

belum sempat dia melangkah menjauhi Ziyad, lelaki itu terlebih dahulu menahan langkah Dayana. terus tubuh kecil itu ditarik ke dalam dakapannya.

gadis itu tidak membantah. membiarkan sahaja lengan kekar itu melingkar pada pinggangnya. dia turut gemar akan pelukan Ziyad. terasa hangat dan nyaman.

ditambah pula dengan bau minyak wangi lelaki itu. lagilah dia suka dengan pelukan yang diberikan oleh Ziyad.

"saya tak sangka yang awak dah jadi isteri saya." gumam lelaki itu perlahan.

Dayana hanya diam. dia tidak tahu ingin bercakap apa pada lelaki itu, kekok.

"Jie, boleh aku tanya sikit?" soal Dayana.

Ziyad hanya menggumam kecil. memberi izin buat gadis itu bertanyakan soalan kepadanya.

"ke mana kau pergi seminggu ini?" akhirnya, soalan itu berjaya diajukan.

"s─saya ada urusan sikit. lagipun saya sahaja je nak kenakan awak. nak tengok juga awak rindu tak dekat saya kalau saya hilang." ujar Ziyad. lelaki itu mula menjauhkan wajahnya daripada ceruk leher Dayana.

wajah si isteri yang berdiri dihadapannya itu dipandang. senyuman kecil terukir padanya. Dayana sedang cemberut ketika itu.

satu kucupan ringkas diberikan pada pipi Dayana. spontan Dayana menolak tubuh Ziyad menjauh.

"gelilah." kelutuk Dayana. tempat yang menjadi tempat mendarat bibir Ziyad diusap kasar.

Dayana protest. gadis itu terus mengangkat kaki. laju sahaja dia melarikan diri daripada Ziyad. kakinya turut dihentakkan pada lantai.

Ziyad menggelengkan kepalanya beberapa kali. lucu melihat Dayana bersikap seperti itu.

oh, geli ya? tak apa - apa. dia akan pastikan hari - hari seterusnya, si isteri tak akan geli lagi dah. malah menyukai setiap sentuhannya.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

DAYANA MENCEBIK. dia berjalan kearah ruang tamu. kelihatan rakan - rakannya yang baharu sahaja tiba itu berada diruang tamu.

kaki mula dihayunkan mendekati ruang tamu inap desa. sofa kosong yang berada disamping Irisy diambil.

"hai pengantin baharu. mana tudung? dah terbang ke?" soal Iman, spontan.

lagi - lagi Dayana mencebik. sensitive betul soalan. dia menjelirkan lidahnya kearah Iman.

Bintangku Where stories live. Discover now