052

185 30 0
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ TOLONG BUANG air rebus ini dalam singki." arah Puan Dhalila.

Dayana hanya menurut. periuk yang berisi air didihan itu diambil lalu dibawa ke singki. periuk tersebut diletakkan dahulu disamping singki.

sabun basuh pinggan dikerlingnya. sabun berjenama Glo itu sudah pun habis. dia perlu mencari sabun baharu.

"ma, mana mama letak sabun basuh pinggan? yang ini dah habis." soal Dayana seraya menunding kearah botol kosong itu.

"kejap, aku pergi ambil."

gadis itu mengangguk kecil. dia memusingkan tubuhnya menghadap singki. tingkap yang berada dihadapannya itu dipandang. gadis itu mengintai aktiviti yang dilakukan oleh Ziyad diluar sana.

entah apa yang suaminya itu lakukan pun dia tidak tahu. nampak gaya sepertinya lelaki itu sedang bermain dengan kuah hari.

prang!

periuk yang Dayana letak disamping singki itu jatuh memasuki terus ke dalam singki. gadis itu tersentak. otaknya mula mentafsir sesuatu.

Dayana terjerit kecil. air didihan tadi jatuh mencurah lengan kirinya. Puan Dhalila yang berada disebelah, dipandang.

periuk itu terjatuh kerana wanita paruh baya itu menghentakkan botol sabun basuh baharu bersebelahan dengan periuk tersebut.

hentakkan yang berlaku menghasilkan getaran sehingga periuk tersebut bergerak dengan sendirinya.

jika Puan Dhalila meletakkan sabun basuh itu dengan tertib, pasti periuk air didihan itu tidak akan terjatuh.

"yang kau pergi letak periuk dekat atas kabinet ini kenapa?" jerkah Puan Dhalila.

bahu Dayana sedikit terhincut. wajah Puan Dhalila dipandang tidak percaya. salah dia ke periuk itu terjatuh?

Dayana mendesis kecil. kulitnya mula terasa perih. gadis itu menarik nafas lalu dilepaskan kasar.

"mama yang hentak botol sabun itu tadi."

"tak ada kena mengena pun lah dengan botol sabun itu. kau itu yang cuai! benda boleh letak dalam singki terus, nak juga letak atas kabinet." bentak Puan Dhalila.

"ma, singki itu penuh dengan pinggan mangkuk." ujar Dayana. singki tersebut dikerling.

"dah itu kau tak reti nak cuci ke? dah tahu aku penat masak, kau tolonglah kemas! itu pun kau tak tahu ke, Dayana? pemalas sungguhlah kau ini. menyusahkan."

Dayana terdiam. sedangkan dia mengambil jeda untuk mencuci periuk itu kerana sabun basuh pinggan habis. bagaimana dia mahu mencuci segala pinggan mangkuk jika tiada sabun pencuci pinggan.

"ma──"

"ma, bintang. kenapa ini?" soal Ziyad. lelaki itu baru sahaja melangkah masuk ke dalam dapur.

gadis berambut paras bahu itu dihampirinya. anak matanya jatuh pada pakaian Dayana. baju yang dikenakan oleh gadis itu basah.

"kau tanyalah sendiri isteri kau itu. balik sini menyusahkan orang sahaja." herdik Puan Dhalila.

wanita paruh itu kembali menyambung kerjanya. seolah - olah tiada apa - apa yang berlaku sebentar tadi.

Dayana mendengus kasar. lengan baju dibahagian kiri, gadis itu singkap. kemudian apron yang tersarung dibuka lalu diletakkan ke sebarangan tempat.

langkah mula dibuka menuju kearah tangga.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

Bintangku Where stories live. Discover now